Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Piala Suzuki: Dua gol Dangda bawa Thailand ke separuh akhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Dua gol Dangda bawa Thailand ke separuh akhir

Dec 14, 2021 | 07:45 PM

JUARA lima kali Thailand mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas dua gol Teerasil Dangda membantu menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Negara pada Selasa (14 Disember).

Dua gol penyerang berusia 33 tahun itu juga mencipta sejarah, sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa kejohanan ini dengan 19 gol.

Kemenangan malam ini memberi Thailand sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan, cukup untuk menjamin tempat di separuh akhir. 

Ia juga bermakna perjuangan kempen Piala Suzuki 2020 Filipina, finalis separuh akhir edisi 2018, berakhir selepas mencatat dua kekalahan dalam tiga perlawanan dan Singapura melangkah ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2012.

Thailand kini mendahului Kumpulan A dengan sembilan mata dan pasukan tuan rumah Singapura mempunyai enam mata selepas menewaskan Myanmar 3-0 dan Filipina 2-1.

 Dengan kriteria 'head-to-head' yang digunakan untuk menentukan pasukan yang mempunyai mata yang sama, Myanmar dan Filipina - kedua-duanya kini dengan tiga mata - tidak lagi boleh memintas pasukan Singa dengan hanya berbaki satu perlawanan kumpulan.

Singapura bakal berdepan Timor Leste pada 8.30 malam ini, sebelum bertemu Thailand Sabtu ini untuk menentukan pasukan yang menjuarai kumpulan.

Dalam perlawanan sengit di depan 2,559 penonton malam ini, Thailand mendahului persaingan menerusi jaringan Dangda pada minit ke-26. 

Hantaran lintang bek kiri Theerathon Bunmathan dari bahagian sayap menemui Dangda di tengah kotak penalti, untuk menyumbat gol pertama Thailand malam ini.

Filipina bangkit dalam babak kedua dan gol penyerang Patrick Reichelt menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Thailand kemudian dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-77 selepas pemain Filipina Amani Aguinaldo mengasari pemain Thai Thitipan Puangchan dalam kotak penalti.

Dangda menyempurnakan tendangan penalti, untuk menghasilkan gol ketiganya dalam kempen kali ini dan yang ke-19 sepanjang beraksi dalam kejohanan sejak 2008.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3