Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Harimau Malaya tumpaskan Kemboja 3-1

Dec 06, 2021 | 08:29 PM



PERSEMBAHAN mantap Akhyar Rashid membantu Malaysia mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2020 mereka di Stadium Bishan pada Isnin (6 Disember).



Akhyar, yang dinobat Pemain Terbaik Perlawanan malam ini, menang tendangan penalti buat pasukan Harimau Malaya sebelum menjaringkan satu gol.



Malaysia dihadiahkan penalti apabila Akhyar dikasari pemain pertahanan Ken Chansopheak di dalam kotak penalti. 



Safawi Rashid menyempurnakan tendangan penalti itu pada minit ke-23.



Akhyar, 22 tahun, kemudian melengkapkan serangan balas pantas Malaysia, dengan meledakkan gol ke sudut bawah gawang pada minit ke-61.



Kogileswaran Raj menyumbat masuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-78.



Kemboja pulang dengan gol saguhati menerusi tendangan penalti Sath Rosib di hujung perlawanan.



Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi mengasari Rosib dalam kotak penalti.



Kemenangan itu membawa Malaysia ke puncak tangga Kumpulan B, dengan perlawanan juara bertahan Vietnam menentang Laos bakal berlangsung pada 8.30 malam ini.



Kumpulan B turut dianggotai Indonesia. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >