Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Kempen pemain S’pura Shakir Hamzah berakhir dek kecederaan lutut

Dec 19, 2021 | 07:04 PM



KEMPEN Piala Suzuki AFF 2020 pasukan Singa menerima satu lagi tamparan dengan pemain pertahanan utama Shakir Hamzah terlepas beraksi dalam baki kejohanan 5 Disember hingga 1 Januari itu. 



Dalam kenyataannya pada Ahad (19 Disember), Persatuan Bola Sepak Singapura berkata menyusuli pemeriksaan perubatan, pemain berusia 29 tahun itu disahkan mengalami kecederaan pada ligamen krusiat anterior, ligamen kolateral medial dan meniskus lutut kanannya. 



Pasukan tuan rumah sudah kehilangan penyerang Gabriel Quak beberapa hari lalu, selepas beliau memutuskan untuk mendengar nasihat perubatan dan menjalani pembedahan untuk memperbaiki labrum yang koyak, yang juga beliau tidak akan beraksi lagi dalam kejohanan.



Bahu kiri pemain berusia 30 tahun terkehel semasa perlawanan persahabatan menentang Maghribi 'A' di Dubai pada 16 November, tetapi memburukkan lagi kecederaan semasa kemenangan 2-1 Kumpulan A ke atas Filipina pada 8 Disember.



Pada Sabtu, Shakir diangkat keluar dari padang pada minit ke-12 dengan kaki kanannya berbalut selepas berlanggar teruk dengan Thitiphan Puangchan dalam kekalahan 2-0 Singapura kepada Thailand di Stadium Negara.



Pemain itu, yang memulakan setiap perlawanan dalam edisi ini dan meledakkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Timor Leste pada 14 Disember, berkata: “Saya sangat kecewa untuk mengalami kecederaan ini dan tidak akan dapat membantu pasukan dalam pusingan kalah mati, yang saya ternanti-nanti. Saya akan terus menyokong pasukan sambil fokus pada pemulihan saya…Saya akan buat yang terbaik untuk kembali lebih kuat.



“Saya tahu peminat kami akan terus menyokong pemain sepanjang kejohanan ini. Mereka berhak mendapat pengiktirafan atas usaha dan kerja keras mereka. Saya telah bersama mereka selama 12 minggu yang lalu dan saya tahu betapa pentingnya pertandingan ini untuk setiap individu dalam pasukan. Saya akan bersama peminat untuk menyokong pasukan Singa kali ini kerana saya tahu sokongan itu amat bermakna kepada pemain."



Nur Adam Abdullah adalah satu-satunya pengganti semula jadi dalam skuad walaupun pemain midfield Zulfahmi Arifin telah digunakan sebagai bek kiri beberapa kali, termasuk masuk sebagai pemain gantian untuk Shakir menentang Thailand. 



Pilihan lain termasuk bek kanan Zulqarnaen Suzliman, yang telah diletakkan di bek kiri untuk Young Lions dalam Liga Perdana Singapura musim ini, dan Tajeli Salamat.



Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida, yang sedang mempersiapkan anak buahnya untuk separuh akhir pada 22 dan 25 Disember ini, menganggap kecederaan itu "sukar" dan "malang" kerana Shakir tidak akan dapat diturunkan.



Beliau berkata: "Kita semua tahu apa yang dia bawa kepada pasukan; sejak Jun, dia mendapat semula kepercayaan kami dan sikap serta komitmennya terhadap pasukan telah bertambah baik. Shakir telah berkembang menjadi ahli utama pasukan dan kami akan merasakan ketiadaannya di dalam dan di luar padang. Namun, dia seorang pejuang dan saya mendoakan yang terbaik untuknya dengan pemulihannya dan saya pasti dia akan bangkit daripada ini lebih kuat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >