Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Thai julang takhta keenam, Indonesia gagal lagi

 ,zulabr@sph.com.sg

Jan 01, 2022 | 10:42 PM



THAILAND menjulang trofi kejuaraan Piala Suzuki buat kali keenam mereka meskipun disekat Indonesia 2-2 dalam aksi kedua final pada Sabtu (1 Disember).

Keputusan seri di Stadium Negara malam tadi  membawa keputusan agregat kepada 6-2. 

Dalam aksi pertama Rabu lalu, Thailand membelasah Indonesia 4-0. 

Thailand, yang kali terakhir menjuarai Piala Suzuki pada 2016, merampas semula status pasukan terbaik di rantau Asean.

Sementara itu, kemarau Indonesia untuk merangkul takhta pertama mereka dalam kejohanan berprestij Asia Tenggara ini berterusan.





Indonesia sudah enam kali membuat penampilan di pertandingan akhir namun masih gagal menjuarai pertandingan rantau ini.

Namun, paparan bersemangat pasukan Indonesia, terdiri daripada ramai bakat muda, malam ini boleh dibanggakan.

Ini meskipun pasukan Garuda ketinggalan 0-4 dan diberi tamparan berkait kelakuan pemain beberapa jam sebelum perlawanan.





Awal sebelum itu, badan pentadbir sukan nasional Sport Singapore (SportSG) mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa empat pemain Indonesia –  Rizky Ridho Ramadhani, Elkan Baggott, Victor Igbonefo dan Rizky Dwi Febrianto – tidak dilarang disertakan dalam perlawanan kedua.

Kenyataan itu menyatakan Persatuan Bola Sepak Singapura dan jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Asean mengesahkan empat  pemain itu telah meninggalkan hotel mereka pada waktu malam selama sehingga dua jam, dan melanggar jadual terkawal yang ditetapkan dalam kejohanan yang berkaitan langkah keselamatan Covid-19.

Di bawah jadual terkawal, anggota pasukan dan pegawai perlawanan hanya boleh melakukan perjalanan antara hotel, tempat latihan dan tempat pertandingan yang ditetapkan.





Sementara itu, pada perlawanan kedua malam tadi,  jaringan Ricky Kambuaya seawal minit ketujuh membawa keriuhan kepada penyokong Indonesia di Stadium Negara sekali gus menyalakan harapan pasukan Garuda, yang memburu kejuaraan pertama bersejarah negara itu.

Namun Thailand bangkit pada babak kedua apabila dua gol dalam tempoh dua minit meletakkan pasukan Gajah Perang di depan.

Penyerang Adisak Kraisorn menyumbat gol pada minit ke-54, sebelum rembatan pemain midfield Sarach Yooyen berjaya membolosi gawang Indonesia.

Penyerang bintang Indonesia Egy Maulana kemudian menghasilkan gol dari sudut sukar  pada minit ke-80 untuk menyamakan kedudukan sekali gus memastikan pasukannya tidak mengakhiri kempen Piala Suzuki mereka yang positif ini dengan kekalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >