Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Thailand benam Indo 4-0, hampir julang kejuaraan ke-6

Dec 29, 2021 | 11:01 PM



JUARA lima kali Thailand bergerak selangkah lebih dekat untuk membawa pulang trofi kejuaraan Piala Suzuki AFF keenam mereka selepas membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi pertama final pada Rabu (29 Disember).



Dua gol Chanatip Songkrasin dan jaringan Supachok Sarachart serta Bordin Phala melemahkan harapan Indonesia untuk merangkul gelaran sulung mereka.



Keputusan ini bermakna pasukan Garuda, yang terdiri daripada pemain muda, berdepan ujian besar dalam aksi kedua final pada Sabtu ini.



Kekuatan Thailand, yang memiliki ramai bakat berpengalaman, jelas terpancar sebelum perlawanan bermula lagi. 



Jurulatih Thailand Alexandre Polking membuat tujuh perubahan pemain dalam kesebelasan utamanya malam ini selepas seri tanpa gol menentang juara bertahan Vietnam dalam perlawanan kedua separuh akhir Ahad lalu.



Sementara itu, rakan sejawatnya Shin Tae-yong melakukan empat perubahan dalam barisan pemain pasukan Indonesia daripada kemenangan 4-2 ke atas Singapura Sabtu lalu.



Thailand tidak menunggu lama untuk menunjukkan taring apabila gol Chanatip, seawal dua minit pertama meriuhkan suasana di Stadium Negara.



Pemain Indonesia Alfeandra Dewangga memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat namun rembatannya terlalu tinggi meskipun tidak diawasi lawan.



Chanatip kemudian menyumbat gol keduanya malam ini dan keempat dalam kejohanan selepas serangan balas Thailand berjaya memporak-perandakan benteng pertahanan Indonesia pada minit ke-52. 



Jaringan minit ke-67 Supachok Sarachart memperluaskan lagi kedudukan Thailand di depan kepada 3-0.



Gol pemain midfield Bordin tujuh minit sebelum tamat permainan menambah derita Indonesia, sekali gus memberi Thailand kelebihan melangkah ke aksi kedua final pada Hari Tahun Baru ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >