Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Thailand juara Kumpulan A; S’pura tewas 0-2

Dec 18, 2021 | 10:49 PM



SINGAPURA mengalami kekalahan pertama mereka dalam Piala Suzuki AFF 2020 selepas tumpas 2-0 di tangan juara lima kali Thailand dalam aksi terakhir kumpulan A pada Sabtu (18 Disember).



Kekalahan itu bermakna pasukan Singa menamatkan pusingan kumpulan sebagai naib juara Kumpulan A mengutip sembilan mata daripada empat perlawanan, di belakang juara kumpulan Thailand (12 mata).



Kedua-dua pasukan mara ke separuh akhir.



Di pusingan separuh akhir, Thailand akan bertemu naib juara Kumpulan B, sementara Singapura akan berdepan juara Kumpulan B.



Dua pasukan teratas Kumpulan B akan ditentukan malam esok dalam aksi terakhir kumpulan.



Indonesia mendahului Kumpulan B pada perbezaan gol dengan tujuh mata, diikuti oleh juara bertahan Vietnam (tujuh mata) dan Malaysia (enam mata).



Indonesia bakal menentang musuh tradisi Malaysia esok, manakala Vietnam bertemu Kemboja. 



Kemboja (tiga mata) dan Laos (tanpa mata) sudah tersingkir daripada kejohanan. 



Malam ini, jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida melakukan dua perubahan dalam barisan pemainnya.



Shahdan Sulaiman dan Faris Ramli diturunkan, menggantikan Song Ui-young dan Adam Swandi daripada kemenangan 2-0 ke atas Timor Leste Selasa lalu.



Singapura memulakan perlawanan dengan rancak, mengatur serangan daripada kededua bahagian sayap dan menang beberapa sepakan sudut, namun gagal menemui sasaran.



Pasukan Singa kemudian kehilangan pemain bek kiri Shakir Hamzah seawal 12 minit pertama akibat kecederaan.



Shakir, yang merupakan Pemain Terbaik perlawanan sebelum ini, digantikan oleh Zulfahmi Arifin.



Kecederaan itu sedikit sebanyak menjejas rentak pasukan Singa, dengan Thailand cuba memecah-belahkan benteng pertahanan Singapura menerusi serangan balas.



Ancaman itu membuahkan hasil pada minit ke-31 apabila gol jarak dekat pemain pertahanan Thailand Elias Dolah dari sepakan percuma menyenyapkan 9,514 penonton di Stadium Negara - yang kebanyakannya penyokong Singapura.



Thailand memperluaskan lagi kedudukan mereka di depan sebelum waktu rehat hasil jaringan Supachai Chaided.



Babak kedua menyaksikan Singapura cuba menyahut gesaan penyokong untuk menyumbat gol tetapi kurang taring di depan gawang lawan.



Bagaimanapun, ini merupakan persembahan terbaik Piala Suzuki AFF Singapura dalam sembilan tahun. 



Pasukan Singa, yang menjulang piala kejuaraan empat kali, berjaya melangkah ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2012.



Dalam perlawanan lain Kumpulan A, Filipina mengalahkan 3-2 Myanmar di Stadium Bishan malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >