Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Yoshida yakin menang; Myanmar dihimpit masalah kurang pemain

Dec 04, 2021 | 03:55 PM



JURULATIH pasukan nasional Singapura Tatsuma Yoshida yakin anak didiknya dapat mengatasi Myanmar dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2020 mereka pada Ahad (5 Disember).

Ini selepas pasukan Myanmar mengalami kegencotan dalam persiapan mereka sehari sebelum perlawanan di Stadium Negara.

Pada sidang akhbar praperlawanan pada Sabtu (4 Dis), jurulatih Myanmar Antoine Hey, yang hadir secara maya dari bilik hotelnya, mendedahkan bahawa beliau mungkin tidak dapat membariskan sebuah pasukan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A mereka. 





Daripada skuad seramai 27 pemain beliau, empat pemain mengalami kecederaan sementara 10 lagi pemain perlu diuji semula bagi Covid-19 dan tidak dapat berlatih sehari sebelum perlawanan. 

Ini bermakna hanya baki 13 pemain dapat beraksi dalam perlawanan esok. Empat daripada 13 pemain ini adalah penjaga gol.

Menurut peraturan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya tujuh pemain di atas padang untuk memulakan perlawanan.



Difahamkan, terdapat ujian awal yang menunjukkan keputusan positif atau yang tidak membawa pada sebarang keputusan (inconclusive) dalam pasukan Myanmar.

Walaupun pasukan Myanmar dihimpit pelbagai cabaran termasuk rampasan kuasa politik di negara itu, Yoshida tetap fokus pada sasarannya untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen kejohanan pasukan Singa.

“Kami hormat Myanmar sebagai pesaing,” kata warga Jepun itu.

“Tapi, kami tahu betapa penting perlawanan pertama ini dan kami ingin menang. Pemain sudah bersedia dan kami akan beri yang terbaik.”



Kumpulan A akan memulakan kejohanan selama hampir sebulan itu esok, dengan Timor Leste dan lima kali juara Thailand berentap di Stadium Negara pada 5.30 petang, diikuti oleh perlawanan antara Singapura dengan Myanmar di stadium sama pada 8.30 malam. 

Juara bertahan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos menganggotai Kumpulan B.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >