PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN FIFA

Platini calonkan diri gantikan Blatter

Langkah dibidas dua pesaing yang sifatkan beliau tidak sesuai tadbir Fifa

PARIS: Ketua Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) Michel Platini kelmarin mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), langkah yang mendapat bidasan segera daripada dua bakal lawannya.

Pengumuman Platini itu menamatkan spekulasi selama beberapa minggu mengenai sama ada bekas bintang bola sepak Perancis berusia 60 tahun tersebut akan bertanding bagi merebut jawatan tertinggi dalam badan induk bola sepak dunia itu untuk menggantikan Sepp Blatter.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan