Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Platini letak jawatan sebagai ketua Uefa lepas rayuan ditolak

May 10, 2016 | 11:09 AM

LAUSANNE: Michel Platini meletak jawatan sebagai ketua bola sepak Eropah pada Isnin (9 Mei) selepas tribunal sukan menolak rayuan terakhirnya terhadap penggantungannya berkaitan bayaran AS$2 juta ($2.7 juta) yang diterima daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), di mana Platini memfailkan rayuan terhadap pengharamannya pada Februari, mengurangkan penggantungannya dari enam kepada empat tahun, dan berkata hukuman yang dikenakan oleh jawatankuasa etika Fifa "terlalu teruk".

Platini diarah membayar denda 60,000 francs Switzerland ($84,600), kurang 20,000 francs daripada denda asal.

Tetapi mahkamah itu berkata ia "tidak yakin" bayaran AS$2 juta yang Platini diterima daripada Fifa pada 2011 adalah sah.

Keputusan itu melenyapkan Platini dari dunia bola sepak dengan memastikan penggantungannya berjalan melewati penggalnya di Uefa, yang berakhir pada Mac 2019.

Jawatankuasa eksekutif UEFA akan bertemu di Basel pada 18 Mei, sebelum perlawanan akhir Liga Europa, apabila ia mungkin memulakan proses memilih pengganti Platini, walaupun pemilihan boleh ditangguh beberapa minggu lagi. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3