PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan rasa gembiranya dengan persembahan pasukan Team Singapore di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, setakat ini.
Berkata demikian dalam pos Facebook beliau semalam, Encik Lee - yang baru pulang daripada Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat di Washington - menulis:
"Saya sudah pulang dan sedang membaca perkembangan terkini Sukan SEA.
"Gembira membaca bahawa para atlet Team Singapore telah menunjukkan persembahan baik di Hanoi sejauh ini, dan telah mencapai beberapa rekod Sukan SEA, rekod nasional dan pencapaian peribadi terbaik.
"Kita juga turut melihat adik-beradik Quah mencapai empat pingat emas dalam kolam renang.
"Teruskan usaha dan usah mengalah!
"Singapura berdiri di belakang anda!" kata beliau lagi.