Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU TOTTENHAM HOTSPUR LAWAN ARSENAL: Siapa layak dapat tiga mata?

Pochettino bawa Spurs ke tahap menakjubkan

Apr 30, 2017 | 05:30 AM



APA juga yang berlaku musim ini, penyokong Tottenham Hotspur boleh berpuas hati bahawa pasukan mereka telah menikmati musim yang menakjubkan.



"Musim ini akan diingati sebagai musim yang indah. Musim di mana pemain seperti Harry Kane, Delle Alli, Eric Dyer dan lain-lain lagi mula memenuhi potensi mereka.



"Ia tidak akan dilupakan penyokong Spurs," kata pengamat bola sepak, Andy Townsend.



Sukar menyangkal pandangan beliau itu.



Musim ini, Spurs merupakan pasukan kegemaran penyokong neutral dengan persembahan mereka yang menarik dan berunsur serangan - yang dapat dilihat menerusi 69 gol yang dijaring sejauh ini.



Namun, melebihi itu, Spurs musim ini akhirnya mula berkembang sebagai sebuah pasukan elit - sejajar dengan sejarah gah mereka - setelah bermusim-musim lamanya mengecewakan.



Dengan Kane di barisan penggempur, disokong pemain seperti Christian Eriksen dan Son Heung-Min, Spurs sememangnya berkesan di depan gol.



Ini sejajar dengan tradisi Spurs yang sejak sekian lama dikenali sebagai pasukan yang menarik.



Namun, musim ini, Spurs lebih daripada pasukan yang 'senang ditonton' dan kreatif.



Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu juga memiliki daya tahan di barisan midfield dan semacam kekebalan di bahagian pertahanan.



Pendek kata, Spurs musim ini adalah pasukan yang menyeluruh.



Justeru, mereka melangkah ke perlawanan ini dengan penuh yakin, kata Pochettino.



"Kami tidak begitu memikirkan siapa lawan kami. Kami fokus 100 peratus, dalam latihan, dalam persiapan sebelum perlawanan, untuk mendapatkan tiga mata dan memberi saingan terhebat kepada Chelsea," ujar beliau.



Dalam perlawanan malam ini (11.30 malam waktu Singapura), Spurs juga bertemu dengan Arsenal yang baru mula pulih daripada krisis keyakinan setelah menang dua perlawanan berturut-turut - kali pertama pada tahun 2017.



"Arsenal pasukan yang hebat, pemain yang hebat, pengurus yang hebat. Namun, kami fokus kepada matlamat," tegas Pochettino lagi.



Kunci kepada perlawanan malam ini, menurut bekas pemain pertahanan England Philip Neville, ialah gol pertama.



Menurut beliau, jika gol Arsenal dibolosi terlebih dahulu, Spurs berkemungkinan menang besar.



"Di White Hart Lane, Spurs terlalu gagah, dan saya rasa jika mereka menjaringkan gol dalam 15, 20 minit pertama, mereka boleh menjaringkan tiga, empat gol. Bahaya untuk Arsenal.



"Sebaliknya, jika Arsenal mendahului jaringan, keyakinan yang mula kembali kepada pasukan Arsene Wenger itu akan membantu mereka merebut tiga mata penuh," kata Neville.



Penyokong Spurs bagaimanapun tidak mahu membayangkan senario tersebut, lebih-lebih lagi dengan kejuaraan Liga Perdana England masih lagi satu kemungkinan - meskipun ia satu kemungkinan kecil memandangkan Chelsea perlu tercicir sekurang-kurangnya empat mata dalam empat perlawanan terakhir.



Penjaring utama Spurs, Harry Kane, bagaimanapun tidak mahu terlalu obses dengan mengatasi Chelsea.



"Kami hanya boleh mengawal apa yang Tottenham Hotspur lakukan. Tidak guna sering melihat ke atas liga untuk memantau Chelsea.



"Yang penting, kami teruskan momentum positif dan merebut tiga lagi mata, termasuk tiga mata menentang Arsenal," katanya. - Agensi berita.




 "Musim ini akan diingati sebagai musim yang indah. Musim di mana pemain seperti Harry Kane, Delle Alli, Eric Dyer dan lain-lain lagi mula memenuhi potensi mereka. Ia tidak akan dilupakan penyokong Spurs."
- Andy Townsend, pengamat bola sepak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >