SHEFFIELD: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berkata beliau bangga dengan pemainnya yang melayakkan diri ke final Piala Liga England tetapi mencabar mereka supaya segera belajar "mematikan perlawanan".
Tottenham akan menentang musuh ketat dari London, Chelsea, dalam final Piala Liga di Wembley pada 1 Mac ini selepas mencatatkan kemenangan agregat 3-2 ke atas Sheffield United di peringkat separuh akhir yang dijalankan secara timbal balas.