EURO 2016
Polis guna gas pemedih mata leraikan penyokong England
Jun 17, 2016 | 05:30 AM
LILLE (Perancis): Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap penyokong England yang bertindak liar di Lille kelmarin dalam satu lagi percubaan mencetuskan kekecohan pada saingan Euro 2016.
Sekumpulan 200 penyokong England menimbulkan kekecohan dekat stesen kereta api di ibu negara itu dengan menyanyikan lagu anti-Russia dan merosakkan beberapa kenderaan sebelum polis bertindak mengawal keadaan.