Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

Polis serbu ibu pejabat Barcelona: 4 diberkas

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Polis Catalan berkata empat individu telah ditangkap menyusuli serbuan ke atas ibu pejabat kelab bola sepak Sepanyol, Barcelona.



Identiti mereka yang terlibat belum lagi disahkan polis, yang mengesahkan siasatan masih dijalankan.



Operasi polis itu dijalankan Isnin lalu menyusuli siasatan ke atas isu kewangan yang menyelubungi kelab tersebut.



Isu tersebut dipercayai berkenaan 'Barcagate' pada 2020 apabila kelab itu menolak dakwaan ia telah mendapatkan khidmat firma media sosial untuk menjalankan 'serangan' ke atas pemain mereka sendiri di media sosial.



Pilihan raya presiden kelab terkemuka dunia itu akan diadakan Ahad ini setelah presiden sebelum ini, Josep Maria Bartomeu, mengumumkan peletakan jawatannya Oktober lepas.



Menurut media Sepanyol, Bartomeu adalah antara mereka yang ditangkap.



Namun, polis Catalan enggan mengesahkan laporan tersebut.



"FC Barcelona telah memberikan kerjasama penuh kami kepada pihak berkuasa undang-undang dan polis untuk memberi keterangan mengenai subjek siasatan," kata kebal tersebut dalam satu kenyataan.



"Maklumat dan dokumentasi yang diminta pihak polis hanya tertumpu kepada kes yang sedang disiasat sekarang.



"FC Barcelona ingin meluahkan penghargaan dan kepercayaan kami kepada proses undang-undang dan menganggap individu terlibat sebagai tidak bersalah sehingga siasatan disempurnakan."



Selain ibu pejabat kelab tersebut, polis Catalan juga mengesahkan ia telah memeriksa lain-lain hartanah berhubung siasatan tersebut dalam operasi yang telah dilaksanakan sejak hampir setahun. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >