Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pool terus kebal melangkah ke 2020

Kalahkan Sheffield United 2-0 di Anfield
Jan 04, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Liverpool mengharungi tempoh setahun tanpa kalah dalam Liga Perdana England (EPL) dengan mengalahkan Sheffield United 2-0.



Pasukan kendalian Jurgen Klopp mengembalikan kelebihan 13 mata di depan penghuni tangga kedua Leceister City hasil ledakan gol penyerang Mesir, Mohamed Salah dan pemain sayap Senegal, Sadio Mane di Anfield.



Pendahalu liga itu kini telah merakam kemenangan ke-19 dalam 20 perlawanan musim ini dan berada di puncak liga selama tempoh 12 bulan.



Kekalahan terakhir dicatat The Reds ialah pada 3 Januari lalu di tangan Manchester City.



Sejak itu, Liverpool tidak pernah tewas dalam 37 perlawanan dan tampak dalam landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan elit itu sejak 1990.



Dengan kelebihan satu perlawanan untuk memperluaskan kedudukan mereka di puncak liga, ia memerlukan kemerosotan yang menakjubkan untuk merampas takhta juara itu daripada dimiliki Liverpool.



"Ia menggambarkan banyak perkara yang positif. Sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata, ia luar biasa," kata Klopp.



"Saya amat gembira dan amat berbangga dengan pemain. Kami tidak boleh melayan perkara seperti ini dengan sambil lewa."



Selain melakar kemenangan ke-18 di padang sendiri, Liverpool kini tidak tewas dalam 51 perlawanan di Anfield sejak April 2017 selain turut mencipta pelbagai rekod.



Ia adalah perlawanan tanpa dibolosi gol kelima berturut-turut buat Liverpool - kali pertama sejak 2007 - dan menjadi pasukan yang menyempurnakan hantaran terbanyak dalam satu-satu perlawanan di era Liga Perdana.



"Cara kami mengawal Sheffield United adalah luar biasa. Penguasaan yang kami miliki adalah menakjubkan, kami juga amat tenang dan bermain dengan penuh bersemangat. Gol yang kami jaringkan juga amat mengagumkan," tambahnya.



"Ia jelas sesuatu yang bagus (tanpa kalah selama setahun) tetapi sasarannya bukan untuk meneruskan rekod ini, tetapi untuk memenangi perlawanan. Kami tidak berfikir mengenai tempoh setahun ini. Kami mempunyai sasaran untuk semusim, bukan sasaran untuk Tahun Baharu!"



Selepas kecemerlangan dalam tahun 2019 yang menyaksikan Liverpool dinobat sebagai juara Eropah dan pemenang Kelab Dunia Kelab, sasaran berikutnya adalah untuk menamatkan dominasi Manchester City selama dua tahun sebagai juara liga selepas gagal melakukannya musim lalu.



Keunggulan Liverpool dalam Liga Perdana hampir dalam genggamannya sedang anak buah Klopp kini sudah lebih separuh perjalanan memiliki musim liga tanpa kalah yang akan mencontohi pencapaian mantap musim Invincibles 2003-2004 Arsenal.



Malah jadual padat Liverpool - enam perlawanan dalam 16 hari - yang menurut Klopp menyebabkan beliau mempunyai hanya 13 pemain senior untuk beraksi, juga tidak dapat menggugat pendahulu liga itu.



Keadaan ini bertambah sukar sebelum perlawanan bermula apabila Naby Keita mengalami kecederaan groin semasa memanaskan badan.



James Milner menggantikan pemain midfield itu.



Namun, Liverpool tidak hilang fokus dan mendahului perlawanan seawal empat minit menerusi rembatan Salah - gol ke-14nya musim ini.



Jaringan ke-64 minit Mane memastikan tuan rumah memungut tiga mata penuh dalam perlawanan. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >