Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Portugal, Perancis dan Jerman damba jadi juara kumpulan

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Nasib tiga pilihan utama bagi kejohanan bola sepak Eropah Euro 2020 akan ditentukan malam esok, apabila Perancis, Portugal dan Jerman berjuang untuk menjuarai Kumpulan F, sekali gus menjamin laluan paling mudah ke final.



Perancis mendahului kumpulan itu dengan empat mata, diikuti Portugal dan Jerman, yang mempunyai tiga mata setiap satu.



Hungary paling corot dengan satu mata, tetapi masih dapat melayakkan diri ke pusingan selanjutnya jika menewaskan Jerman dalam perlawanan terakhirnya.



Dan Hungary telah menunjukkan ia tidak mudah ditewaskan selepas ia mengikat Perancis 1-1 di Budapest minggu lalu.



Melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan genting bagi pasukan-pasukan ini kerana lawan lebih kuat menanti naib juara dan pasukan di tangga ketiga.



Naib juara kumpulan boleh bertemu England - juga antara pilihan utama untuk memenangi kejohanan ini - jika anak didik Gareth Southgate menewaskan Czech Republic untuk menjuarai Kumpulan D malam tadi.



Bagi pasukan di tangga ketiga pula, Belanda atau Belgium bakal menantinya.



Oleh itu, Perancis tidak mampu mencicir mata apabila bertemu Portugal, ujar penyerangnya Antoine Griezmann, yang berkata rakan sepasukannya begitu marah selepas gagal menjamin kelayakan ke pusingan selanjutnya di Arena Puskas minggu lalu.



"Kami bukan kecewa sahaja, malah begitu marah," kata beliau, sejurus selepas perlawanan itu.



"Kini kami tiada pilihan lain dan harus bermain lebih baik semasa mementang Portugal untuk menebus kekecewaan ini," ujarnya, yang turut beraksi bagi Barcelona dalam La Liga.



Juara bertahan Portugal pula tidak mampu tewas untuk mencerahkan peluangnya mempertahankan kejuaraannya.



Pasukan Portugal kali ini mungkin tidak sehebat yang menjadi juara empat tahun lalu, tetapi kehadiran penyerang azimat Cristiano Ronaldo - yang menunjukkan prestasi hebat sejauh ini - bermakna ia masih boleh mencatat kejutan dan menjaringkan gol walaupun tidak beraksi dengan baik.



Dalam pada itu, di luar jangkaan, Sweden mendahului Kumpulan E selepas ia menewaskan Slovakia dalam perlawanan terakhirnya.



Ia kini hanya memerlukan satu mata, iaitu keputusan seri, dalam perlawanan terakhir menentang Poland untuk menjamin tempat di pusingan kalah mati. Malah, jika menang, Sweden akan mengekalkan kedudukannya di tangga teratas.



Namun, Poland, yang barisan depannya dipimpin jentera gol Robert Lewandowski, tidak mampu tercicir mata dalam perlawanan ini selepas mengutip satu mata daripada dua perlawanan pertama.



Kemenangan dalam perlawanan dengan Sweden genting bagi Poland jika ia ingin memelihara hayatnya dalam kejohanan ini.



Jika Poland berjaya menewaskan Sweden dan perlawanan antara Sepanyol menentang Slovakia berkesudahan seri, kelayakan ke peringkat selanjutnya menjadi rumit bagi pasukan Kumpulan E.



Poland, Sweden dan Slovakia masing-masing akan mempunyai empat mata, dan Sepanyol tersingkir daripada pertandingan. Poland dan Slovakia pula akan mara sebagai pasukan di tangga pertama dan kedua, sementara Sweden perlu bergantung pada pasukan daripada kumpulan lain untuk mara sebagai antara pasukan terbaik di tangga ketiga.



Sepanyol, yang belum merasai kemenangan selepas seri dalam dua perlawanan pertama, akan mara ke peringkat selanjutnya jika ia menewaskan Slovakia.



Jika Sepanyol gagal ke peringkat selanjutnya, besar kemungkinan jurulatih Luis Enrique akan dipecat, terutama selepas beliau mengambil tindakan berani tidak memilih sebarang pemain daripada Real Madrid dalam pasukannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >