Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Presiden FAS, Zainudin Nordin bercakap secara terbuka mengenai bola sepak setempat

Apr 04, 2014 | 04:26 PM



BOLA SEPAK Singapura tidak akan mencapai matlamatnya untuk menjadi antara 10 negara terbaik di Asia menjelang 2015.



Pengakuan itu datang daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Zainudin Nordin – individu yang bertanggungjawab meletakkan matlamat tersebut.

Namun, Encik Zainudin menegaskan beliau tidak terlalu kecewa dengan kegagalan tersebut.


Ini kerana, demi mencapai matlamat itu, FAS telah pun melaksanakan beberapa perubahan strategik yang telah menghasilkan peningkatan penting.


Ia termasuk di peringkat pembangunan belia, yang telah melihat ramai pemain muda kini mewakili negara, dan pendekatan menyeluruh FAS untuk meningkatkan tahap permainan sejajar dengan sistem permainan pasukan-pasukan handal antarabangsa.


Matlamat menjadi antara 10 negara terbaik di Asia menjelang 2015 merupakan sebahagian daripada pelan strategik FAS yang dipelopori Encik Zainudin pada April 2010.


Namun, sejak itu Singapura telah merosot dari tangga ke-20 dalam senarai ranking Asia kepada tangga ke-29. Di peringkat antarabangsa pula, pasukan Singa kini di tangga ke-155, jatuh daripada tangga ke-127 pada 2010.


“Tentunya keadaan akan lebih indah jika kita berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan,” kata Encik Zainudin dengan nada serius.


“Tapi saya percaya tidak semua kegagalan itu negatif. Kemajuan tidak boleh dicapai serta merta. Kami telah melaksanakan beberapa inisiatif daripada peringkat pembangunan belia hingga pasukan nasional yang saya percaya akan meninggalkan kesan positif dalam jangka masa panjang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >