Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Presiden Widodo zahir duka, arah siasatan rapi

Liga bola sepak Indonesia digantung sementara; FIFA anggap musibah sebagai "hari gelap untuk bola sepak sedunia"
Oct 02, 2022 | 08:47 PM



MALANG (Indonesia): PRESIDEN Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, menzahirkan ucapan takziah dan mengarahkan satu siasatan mendalam dijalankan bagi mengetahui punca tragedi yang menyaksikan lebih 170 orang maut dalam rusuhan selepas perlawanan bola sepak antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya, malam semalam. (1 Okt)



"Atas nama bangsa, negara, dan masyarakat Indonesia, saya menyampaikan dukacita mendalam atas tragedi sepakbola yang membawa korban jiwa di Kanjuruhan, Malang, tadi malam.



"Atas kejadian ini, saya memerintahkan untuk menghentikan sementara liga sepakbola PSSI sampai evaluasi dan perbaikan pengamanan dilakukan," ujarnya di laman rasmi Facebook beliau.



Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Encik Gianni Infantino, berkata, "bola sepak dunia berada dalam keadaan terkejut menyusuli kejadian sungguh tragik yang berlaku di Indonesia di akhir perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya" di Stadium Kanjuruhan malam semalam.



Dalam kenyataannya, Presiden FIFA itu menyifatkan musibah itu sebagai “hari gelap untuk semua yang terlibat dalam bola sepak dan satu tragedi yang sukar difahami”.



“Bersama-sama dengan FIFA dan masyarakat bola sepak sedunia, seluruh ingatan dan doa kami adalah untuk mangsa, mereka yang cedera, bersama-sama rakyat Republik Indonesia, Konfederasi Bola Sepak Asia, Persatuan Bola Sepak Indonesia, dan Liga Bola Sepak Indonesia, pada masa sukar ini,” menurut kenyataan di rasmi FIFA.



Dilaporkan tragedi pada malam minggu itu, selain mengakibatkan 174 kematian, turut menyebabkan lebih 320 mangsa mengalami kecederaan, menjadikannya antara kemalangan terburuk di dunia membabitkan stadium sukan.



Ia dipercayai berlaku setelah penyokong Arema FC yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 3-2, menceroboh ke dalam padang dan memaksa anggota polis menembak gas pemedih mata.



Ia adalah kekalahan pertama Arema kepada seteru utama itu dalam tempoh lebih dua dekad.



Tembakan gas pemedih mata menyebabkan penyokong bertempiaran lari sehingga ada yang terkorban akibat terjatuh dan dipijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >