ANUGERAH BIASISWA YAYASAN OLIMPIK SINGAPURA-PETER LIM
Prestasi konsisten dalam sukan tuah bagi tiga pelajar
May 21, 2016 | 05:30 AM
SEMASA kecil, dia hanya menganggap sukan tenis sebagai hobi yang sering dimain bersama bapanya di gelanggang badminton bawah blok.
Kini, pelajar jurusan pengurusan sukan dan riadah daripada Politeknik Republic (RP), Muhammad Shaheed Alam Meqsud Alam, mewakili Singapura bagi sukan tersebut dalam sekitar 20 pertandingan di luar negara setiap tahun.