Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TINJU

Prestasi menggalakkan petinju negara di Terbuka Sarawak

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



TIGA petinju remaja Singapura berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan luar negara Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak yang berlangsung dari 15 hingga 21 Ogos lalu.



Antara mereka adalah Abdul Wafi Idris, 15 tahun, yang beraksi dalam kelas feather (Bawah 57kg); Hazyq Daniel Yasrin, 18 tahun, yang bertanding dalam kelas welter (Bawah 67kg) dan Calros Ong, 17 tahun yang menguasai kelas bantam (Bawah 54kg).



Skuad Singapura yang bertanding di Sarawak itu turut menampilkan enam peninju dalam kategori elit, di mana lima daripadanya berjaya merangkul pingat dalam kategori masing-masing.



Pingat perak dimenangi Arman Shah, 35 tahun (bantam, Bawah 54kg) dan Danish Husli, 26 tahun (middle, Bawah 75kg).



Pingat gangsa pula dimiliki Teo Wei Xuan, 24 tahun (fly, Bawah 51kg); Ang Jin Yang, 24 tahun (feather, Bawah 57kg) dan Chan Zhao Jie, 24 tahun (light welter, Bawah 63.5kg). Khidhir Saniff, 25 tahun pula hanya mampu bersaing di peringkat suku akhir di dalam kelas light middle (Bawah 71kg).



Jurulatih bersama negara Muhamad Ridhwan Ahmad melahirkan rasa puas dengan persembahan skuad muda Singapura - kecuali seorang, kesemuanya yang lain berumur 26 tahun ke bawah.



Bekas petinju negara berusia 35 tahun itu, yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA tiga kali, mengetuai skuad itu untuk kejohanan di luar negara buat kali pertama sejak dilantik Jun lalu.



Beliau berkata Terbuka Sarawak menampilkan dua petinju handalan Malaysia yang bertanding di Sukan Komanwel baru-baru ini.



Kedua-dua atlet itu bersaing menentang wakil Singapura dengan petinju Malaysia, Abdul Qaiyum Ariffin menewaskan Teo Wei Xuan pada separuh akhir pertarungan kelas fly, manakala Imdad Shaharom pula menewaskan Arman Shah di peringkat akhir kelas bantam.



"Saya fikir persembahan petinju kami menunjukkan bahawa program dan struktur yang kami jalankan berada di landasan... menang atau kalah, kesemua petinju kami menunjukkan kami boleh bersaing... mereka turut menunjukkan keberanian dan kemahiran," kata beliau.



Ridhwan turut memberi pujian kepada petinju remaja Calros yang berjaya memenangi Anugerah Petinju Remaja Terbaik di kejohanan itu dan berkata beliau mempunyai "potensi yang hebat".



"Dengan pengalaman yang diperolehinya, saya pasti dia akan menjadi petinju yang lebih baik di gelanggang dan orang yang lebih baik secara keseluruhan. Jurulatih Khai (penolong jurulatih Khairul Anuar) dan saya tidak sabar untuk bersamanya di tepi gelanggang untuk menyaksikan beliau memenangi lebih banyak lagi pertarungan," tambah Ridhwan.



Ridhwan dan jurulatih lain dalam Persekutuan Tinju Singapura (SBF) merancang untuk meningkatkan intensiti dan kekerapan sesi latihan dalam usaha menyemarakkan lagi sukan itu.



Pingat emas yang dimenangi Mohammed Mukhlis Amat dalam kelas welter di Bangkok pada 1985 merupakan kemenangan terakhir Singapura di pentas Sukan SEA.



Seterusnya bagi Calros dan rakan sepasukan lain adalah Kejohanan Tinju Syed Kadir yang bakal berlangsung pada 10 September ini di Dewan Sukan Bedok.



Pertandingan itu akan menampilkan petinju dari Kemboja, Myanmar, Malaysia dan Indonesia, termasuk pemenang pingat Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu.



Kejohanan itu juga akan menjadi kelayakan untuk ke Sukan SEA tahun depan di Phnom Penh, Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >