BOLA SEPAK TEMPATAN

Prestasi pasukan bawah-19 kecewa

PASUKAN bawah-19 tahun Singapura mengakhiri kempen mengecewakan mereka dalam Kejohanan Belia Bawah-19 tahun Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) di Vientiane, Laos, kelmarin dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Timor Leste yang bermain dengan 10 pemain.

Dengan hanya satu mata daripada empat perlawanan, Singapura melabuhkan tirai kempen mereka di tangga corot kumpulan B, yang turut mengetengahkan pasukan Malaysia, Vietnam dan Myanmar.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun