Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU MANCHESTER CITY LWN MANCHESTER UNITED

Derbi Manchester dedah jurang atau digegar kejutan?

Mar 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Saban tahun, pertemuan antara Manchester City dengan Manchester United dianggap antara 'derbi bola sepak paling sengit di dunia.



Kededua kelab itu berjiran dan hanya jalan raya tar tujuh kilometer memisahkan kededua stadium ikonik masing-masing



Buat sekian lama, terutama dalam era Liga Perdana England (EPL), United yang dipimpin Sir Alex Ferguson dianggap penentu 'standard' dan ukur tara kejayaan bagi kelab-kelab lain.



Namun, pertemuan tengah malam nanti mungkin sekadar menunjukkan jurang yang bak kian meluas antara bahagian merah dengan bahagian biru di Manchester.



Selepas 27 perlawanan, pasukan bergelar 'Red Devils' ketinggalan 19 mata di belakang City, yang mendahului liga dengan 66 mata.



Dengan musim berbaki 11 perlawanan, City telah menjaringkan 64 gol dengan United menjaringkan sekadar 44 gol.



Form pula tidak menyebelahi anak didik Ralf Rangnick.



Dalam lima perlawanan sebelum ini,United telah seri tiga kali dan menang dua kali.



City pula hampir mengutip mata maksimum daripada lima perlawanan sebelum ini, kecuali seri 1-1 dengan Southampton dan kalah mengejut kepada Tottenham Hotspur 2-3 pada bulan lalu.



Tanda-tanda seperti ini tentu menyebabkan penyokong United harus berasa bimbang apabila pasukan kesayangan mereka bertandang ke Stadium Etihad.



Form



ADA satu pendapat yang berkata 'form' tidak boleh memberikan ramalan tepat tentang keputusan perlawanan derbi kerana perlawanan antara kelab berjiran biasanya disaingi bermati-matian.



Namun, kegagalan United menjaringkan gol semasa menentang Watford hujung minggu lalu membimbangkan.



Walaupun mempunyai barisan depan yang hebat, antaranya Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan beberapa pemain antarabangsa lain, United gagal menembusi benteng Watford dan nyaris tewas.



Dalam perlawanan sebelum itu dengan Leeds pula - satu lagi musuh tradisi - United menang 4-2, tetapi cara ia dibolosi dengan mudah oleh pemain Leeds yang pantas dan cekap mengawal bola adalah membimbangkan.



Apabila ia bertemu City nanti, City mampu memberikan ancaman yang lebih bahaya daripada Watford dan ada keprihatinan 'midfield' dan bentang United tidak akan mampu membendungnya.



Dalam derbi musim lalu, City menewaskan United 2-0 dengan selesa, di mana anak didik Guardiola 'bermain-main' dengan pemain United selama hampir seluruh separuh masa kedua.



Malah, gol kedua yang dijaringkan Bernardo Silva di penghujung separuh masa pertama adalah kemuncak gerakan 26 hantaran di mana tiada pemain United berjaya merampas bola dari pemain City.



Faktor pengurus



Perlawanan derbi musim lalu itu bukan sahaja menunjukkan jurang antara kededua pasukan, malah ia menunjukkan kecekapan Guardiola mengatur strategi dan mengubah taktik bagi perlawanan selepas pasukannya mendapat kelebihan dua gol pada waktu rehat.



Beliau juga mempunyai pemain - termasuk di bangku simpanan - yang mampu melaksanakan arahannya.



Ini bukan berlaku secara semalaman.



Dalam wawancara dengan laman berita City baru-baru ini, Guardiola berkata beliau kini lebih matang dan tahu bagaimana untuk meredakan keadaan jika suatu perlawanan tidak menyebelahi pihaknya.



"Sebagai seorang pengurus, saya belum lagi cukup tenang untuk menganalisis perlawanan sejurus selepas ia tamat dan berkongsi analisis itu dengan pemain. Mungkin, pada saat itu, terlalu banyak perkara bermain di minda," kata Guardiola.



"Kini, mungkin saya lebih berpengalaman. Saya tahu saya perlukan masa dan apabila saya berasa marah, saya akan arahkan pemain suapaya pulang ke rumah dan berbincang kemudian hari.



"Bagi saya, apabila kita bersikap terlalu agresif, keadaan itu mungkin kurang adil bagi pemain kerana mereka juga ingin mencapai keputusan baik, tetapi kerana beberapa faktor, yang di luar kawalan mereka berlaku.



"Saya tidak boleh mengubah 90 minit yang telah berlalu, tetapi saya boleh cuba mempengaruhi apa yang berlaku pada 90 minit yang selanjutnya," kata Guardiola lagi.



Dari segi ini, cara Guardiola menguruskan hubungan dengan pemainnya berbeza dengan cara Rangnick berbuat demikian di Old Trafford.



Rangnick telah beberapa kali bekongsi pendapat dengan media tentang pemainnya, termasuk tentang Anthony Martial yang mengundang respons yang bercanggah daripada pemain-pemain itu.



Malah, Martial, yang kini telah berpindah ke Sevilla di La Liga Sepanyol, berkata beliau tidak tahu di mana Rangnick mendapat 'berita' beliau enggan beraksi untuk United lagi, beberapa minggu sebelum beliau ke Sevilla.



Perkembangan itu mengundang khabar angin ada keretakan dalam hubungan antara pemain dengan pengurus di Old Traffod.



Minggu lalu, seorang pemain tunggak pasukan itu, Bruno Fernandes, terpaksa berhujah kepada media untuk menekankan tiada pertelingkahan antara pemain atau pihak pengurusan di kelab itu.



"Itu semua adalah tidak benar," kata Fernandes.



"Sebarang perbezaan pendapat diuruskan secara dalaman, dan ini selaras dengan apa yang dilakukan di kelab-kelab utama yang lain."



Ini berlaku selepas perlawanan dengan Watford, di mana Rangnick telah menggesa pemainnya untuk menunjukkan sikap agresif di padang, melalui program perlawanan. - Agensi berita.




REKOD 10 PERLAWANAN MAN U-MAN CITY



6 November 2021 Man U 0-2 Man City

7 Mac 2021 Man City 0-2 Man U

12 Disember 2020 Man U 0-0 Man City

8 Mach 2020 Man U 2-0 Man City

7 Disember 2019 Man City 1-2 Man U

24 April 2019 Man U 0-2 Man City

11 November 2018 Man City 3-1 Man U

7 April 2018 Man City 2-3 Man U

10 Disember 2017 Man U 1-2 Man City

27 April 2017 Man City 0-0 Man U



Kemenangan paling besar Man U atas Man City
9 November 1994 Man U 5-0 Man City



Kemenangan paling besar Man City atas Man U
22 Januari 1926 Man U 1-6 Man City




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >