LEVERKUSEN (Jerman): Zlatan Ibrahimovic, menjaringkan dua gol membantu Paris Saint-Germain melangkah setapak lebih dekat ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas membenam Bayer Leverkusen 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati itu pagi semalam.
Leverkusen, yang menduduki tangga kedua Bundesliga di belakang Bayern Munich, mengalami kekalahan itu, yang ketiga berturut-turut di padang sendiri, selepas bermain dengan 10 pemain dan jarang mencabar PSG.