Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

PSG menanti sedang Messi belum perbaharui kontrak bersama Barca

May 25, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Barcelona belum memulakan rundingan pembaharuan kontrak Lionel Messi, dan Paris St-Germain (PSG) sedang "memantau secara dekat" keadaan itu, kata pakar bola sepak Sepanyol Guillem Balague.



Bintang penyerang Argentina berusia 33 tahun itu belum memberi kata putus bagi melanjutkan kontraknya, yang akan berakhir pada musim panas ini.



Beberapa pemain juga dilaporkan akan meninggalkan kelab La Liga itu dalam beberapa bulan ini.



"Messi akan memantau keadaan dalam masa dua minggu mendatang, apabila kelab-kelab utama membuat keputusan mereka," kata Balague.



Messi menghantar faks kepada Barcelona pada Ogos tahun lalu, berkata beliau mahu menggunakan klausa dalam kontraknya yang menurutnya membenarkan beliau meninggalkan kelab itu secara percuma.



Namun, kelab itu menegaskan bayaran pelepasan 700 juta euro ($1.2 bilion) perlu dipenuhi.



Messi akhirnya mengambil keputusan kekal bersama gergasi La Liga Sepanyol itu, sambil berkata mustahil ada pasukan dapat membayar jumlah tersebut.



Pada waktu itu, Messi berkata hakikat beliau tidak memberitahu Barca mengenai keputusannya hendak meninggalkan kelab itu sebelum 10 Jun amat penting, kerana jika beliau melakukan itu, klausa pembebasannya tidak perlu dipenuhi.



Pengurus pasukan Ronald Koeman berkata beliau berharap kekalahan 2-1 Barca kepada Celta Vigo di Nou Camp minggu lalu bukan perlawanan terakhir Messi.



Bagaimanapun, Messi tidak beraksi dalam perlawanan terakhir Barca musim ini menentang Eibar kelmarin, kerana dibenarkan mengambil cuti awal.



Kekalahan kepada Celta Vigo itu menamatkan harapan Barca merangkul gelaran juara, sekalu gis membuat mereka berada di luar dua pasukan teratas La Liga kali pertama sejak musim 2007-08.



"Beliau perlu membuat keputusan sama ada mahu kekal di Barca bagi beberapa musim lagi sedang kelab itu menjalani pembangunan semula atau ingin membantu PSG untuk memenangi gelaran Liga Juara-Juara," tulis Balague di Twitter.



"Buat masa ini, tiada siapa dapat meneka apakah keputusan yang akan di buatnya." - Agensi berita.



PSG kelab paling berjaya di Perancis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >