PSG 'rantai' Ramos, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PEMINDAHAN PEMAIN

PSG 'rantai' Ramos

Jul 10, 2021 | 05:30 AM

PARIS: Sergio Ramos, bekas pemain pertahanan Real Madrid yang dianggap antara pemain terbaik dunia, menandatangani kontrak dua tahun dengan Paris Saint-Germain, umum kelab Perancis itu, kelmarin.

Ramos, 35 tahun, memenangi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali bersama Real selain satu Piala Dunia dan dua Piala Eropah bersama Sepanyol.

Pemain veteran itu yang mencipta rekod Eropah dengan 180 penampilan serta menjaringkan 23 gol untuk negaranya, tiba di PSG yang terdesak menambah pemain berpengalaman dalam misi memburu gelaran Liga Juara Eropah sulung.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo turut membawa masuk bintang Belanda, Georginio Wijnaldum dari Liverpool dan pemain pertahanan Maghribi, Achraf Hakimi dari juara Italy, Inter Milan.

Kelab itu turut dikaitkan dengan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, yang beraksi cemerlang bersama Italy yang bakal berentap menentang England di final Euro 2020, Isnin ini.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pemilik kelab dari Qatar berharap pelaburan hebat itu akan meyakinkan penyerang Perancis, Kylian Mbappe menandatangani kontrak baru.

"Ia adalah peluang besar dalam hidup saya, cabaran baru dan hari yang tidak akan dilupakan," kata Ramos menerusi kenyataan dikeluarkan PSG.

"Saya bangga menjadi sebahagian daripada projek bercita-cita tinggi ini dan menyertai pasukan bersama ramai pemain hebat.

"Ia kelab yang terbukti di peringkat tertinggi dengan sumber kewangan kukuh. Saya mahu membangun bersama Paris dan membantu pasukan ini memenangi trofi," tambah Ramos. - AFP.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map