Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : Tewas tapi mara ke separuh akhir

PSG tepis asakan Bayern, menang dengan kiraan gol di kubu lawan

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Paris St-Germain tewas kepada Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah semalam, tetapi tetap mara ke separuh akhir melalui kiraan gol di tempat lawan.



Perlawanan suku akhir kedua ini begitu rancak dan kededua kelab mengasak benteng lawan bertubi-tubi.



PSG lebih menyengat semasa serang balas, mengancam gawang yang dikawal Manuel Neuer beberapa kali, dengan dua percubaan Neymar mengena palang gol.



Namun Bayern memecah kebuntuan apabila Eric Maxim Choupo-Moting melompat tinggi untuk menanduk masuk bola selepas percubaan David Alaba diselamatkan penjaga gawang.



Gol itu menyamai jaringan gol agregat 3-3 - PSG telah menundukkan Bayern 2-3 di Munich pada minggu lalu - tetapi PSG masih mempunyai kelebihan kerana menjaringkan dua gol di tempat lawan.



Namun, Bayern, yang beraksi tanpa penyerang azimat Robert Lewandowski, kurang tajam di depan gol, dan gagal menjaringkan beberapa peluang yang dicipta, dan terpaksa menggigit jari.



Malah, Kylian Mbappe hampir menjaringkan gol bagi PSG dengan perlawanan berbaki 10 minit tetapi percubaannya yang memperdaya Neuer dibatalkan pengadil yang menyifatkan ia dijaringkan dari posisi ofsaid.



Kemenangan ini bermakna PSG akan bertemu satu lagi pasukan Bundesliga Borussia Dortmund atau Manchester City, yang beraksi dalam suku akhir kedua pagi tadi.



City mempunyai kelebihan 2-1 menjelang perlawanan di Jerman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >