BOLA SEPAK
PSG timbang jual Neymar
Masa depan Neymar bersama PSG kian pudar selepas dibelenggu beberapa masalah peribadi termasuk tuduhan rogol
Jun 18, 2019 | 05:30 AM
PARIS: Kelab Perancis Paris Saint Germain (PSG) bersedia untuk menjual penyerang mereka, Neymar.
Menurut laporan media Perancis, pengerusi kelab tersebut Nasser Al-Khelaifi memberi amaran bahawa tingkah laku tidak bertanggungjawab pemain itu tidak akan diterima lagi.