Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pusat beli-belah Paragon dilanda 'demam Formula Satu'

Sep 10, 2015 | 07:39 PM



BIARPUN perlumbaan Formula Satu (F1) Singapura-Singapore Airlines tahun ini akan hanya bermula hujung minggu hadapan, pusat beli-belah Paragon sudah pun dilanda 'demam F1'.


Pusat beli-belah yang terletak di Orchard Road itu menawarkan pelbagai aktiviti yang bertemakan F1 termasuk peluang menguji kecekapan memandu kereta simulator F1 serta bergambar dengan kereta perlumbaan Red Bull Infiniti yang dipamerkan di ruang atrium.


Peminat pasukan Red Bull juga berpeluang menemui secara dekat pemandu F1 pasukan itu, Daniel Ricciardo, apabila beliau membuat penampilan khas di Paragon pada Khamis depan mulai 3 petang.


Sejak 21 Ogos lalu dan sehingga Isnin ini, pengunjung yang berbelanja besar pula akan menerima sepasang tiket bernilai $20,000 untuk menikmatik pengalaman 'Infiniti Red Bull Racing VIP Hospitality' pada hari perlumbaan - 20 September - yang membolehkan pemenangnya, antara lain, berada dekat dengan aksi perlumbaan, menghadiri sesi bertemu pasukan serta dibawa kunjungi pit dan garaj litar.


Mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya $150 (maksimum tiga resit pada hari yang sama) juga akan menerima beg tote keluaran terhad 'Rev-Up@Orchard'. Pemegang tiket bagi perlumbaan F1 pula hanya perlu berbelanja $120 untuk mendapatkan tawaran ini, yang dihadkan kepada 800 pembeli pertama.


Tahun ini adalah tahun kelapan perlumbaan F1 dianjurkan di Litar Jalan Raya Marina Bay. Singtel menjadi penaja utama perlumbaan pada 2008-2013 sebelum SIA mengambil alih teraju penaja sejak 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >