Pusat Tenis Kallang siap jelang akhir 2022, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

SUKAN SETEMPAT

Pusat Tenis Kallang siap jelang akhir 2022

Mar 02, 2021 | 05:30 AM

SEMINGGU selepas aksi tenis Terbuka Singapura, peminat di sini kini mampu tersenyum ceria selepas diumumkan bahawa Pusat Tenis Kallang (KTC) akan siap dibina menjelang akhir 2022.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong membuat pengumuman tersebut dalam satu catatan Facebook kelmarin, sejurus selepas tamat acara ATP 250, di mana pemain tenis Australia, Alexei Popyrin dinobat juara.

Pusat ini akan dilengkapi dengan tujuh gelanggang dalaman dan 12 gelanggang luar dan akan menggabungkan ruang hijau seperti pada bumbung, ruang acara dan ruang luaran tidak berbumbung.

Kemudahan ini juga boleh menampung acara berskala besar dan mempunyai kemudahan seperti ruang istirahat yang ditaja dan galeri tontonan.

"KTC akan menjadi sebuah pusat sukan yang rancak, dengan tenis menjadi nadinya, dan kemudahan yang dapat dinikmati oleh semua warga Singapura.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Ini termasuk kemudahan kelas pertama untuk mengadakan acara tenis di masa depan, dan ciri-ciri berorientasi masyarakat dengan ruang bersama untuk keluarga dan rakan-rakan," tulis Encik Tong.

Kejohanan Terbuka Singapura merupakan acara sukan tambahan pada kalendar aksi saingan lelaki adalah kejohanan tenis lelaki peringkat utama yang diadakan di sini sejak Terbuka Heineken pada 1999.

Ia telah menunjukkan kemampuan Singapura untuk menjadi tuan rumah acara sukan bertaraf dunia dengan cara yang selamat untuk para peserta dan peminat, sekali gus membuka peluang bagi acara sukan antarabangsa untuk terus dianjurkan dan berlangsung di masa depan di tengah-tengah pandemik, kata penganjur.

Ketua pegawai eksekutif SportSG, Lim Teck Yin, yang juga ketua penganjur kejohanan berkata:

"Kejohanan Tenis Terbuka Singapura juga telah memperlihatkan standard bertaraf dunia dari rakan-rakan tempatan kami yang telah berusaha gigih untuk menganjurkan acara ini dalam masa sebulan.

"Kami berharap kejayaan Tenis Terbuka Singapura akan membuka jalan untuk kolaborasi masa depan dengan ATP untuk memberikan aksi tenis profesional yang lebih menarik kepada masyarakat setempat."

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map