Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX FORMULA SATU (F1)

Qatar anjur perlumbaan sulungnya bulan depan

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Qatar akan menganjurkan Grand Prix Formula Satu (F1) buat pertama kali bulan depan, dengan menandatangani perjanjian 10 tahun yang kemudian akan memulakan perlumbaan lumba kereta itu pada 2023, umum syarikat sukan milik Liberty Media dan penganjur tempatan kelmarin.



Perlumbaan itu, dijadual pada 21 November di Litar Antarabangsa Losail yang diterangi lampu, akan membentuk sebahagian daripada empat grand prix Timur Tengah, yang belum pernah berlaku, dalam kalendar 2021 yang mempunyai 22 perlumbaan.



Bahrain menganjurkan pembukaan kejohanan itu Mac lalu manakala perlumbaan Arab Saudi dijadual pada 5 Disember dan Abu Dhabi menutup tirai musim pada 12 Disember.



Slot 21 November itu tidak diisi dalam kalendar F1 yang diubah suai selepas pembatalan pusingan Jepun di Suzuka, salah satu daripada beberapa perlumbaan yang menarik diri akibat pandemik Covid-19.



"Langkah daripada tindakan membantu F1 pada 2021 mencapai strategi jangka panjang ini pendek dan ringkas," kata Formula Satu dalam satu kenyataan.



"Visi F1 untuk menjadi wadah pameran bagi Qatar setelah Piala Dunia Fifa pada 2022 merupakan pendorong di sebalik perjanjian jangka panjang ini."



Litar Losail dikenali sebagai hos pembukaan musim MotoGP, sebuah perlumbaan malam.



"Persekutuan Motor dan Motosikal Qatar dan pihak berkuasa menakjubkan dan bergerak pantas untuk memastikan perlumbaan dapat berlangsung musim ini di Litar Losail," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1 Stefano Domenicali.



"Usaha besar daripada semua pasukan, F1 dan FIA berjaya menghasilkan kalendar sebanyak 22 perlumbaan, sesuatu yang sangat mengagumkan dalam tahun mencabar dan sesuatu yang kita semua dapat banggakan."



Grand Prix Qatar akan bermula pada 6 petang waktu tempatan dan adalah perlumbaan malam.



Qatar tidak akan menganjurkan perlumbaan F1 pada 2022 untuk fokus pada penganjuran Piala Dunia Fifa, yang akan diadakan pada November dan Disember.



Lokasi perlumbaan pada 2023 belum disahkan, tetapi rancangannya ialah mengadakan perlumbaan jalanan di ibu kota Doha.



Pengumuman itu mengesahkan baki tujuh perlawanan dalam pertarungan sengit antara Lewis Hamilton daripada Mercedes dan Max Verstappen daripada Red Bull bagi merebut kejuaraan musim ini.



Perlumbaan seterusnya di Turkey pada 10 Oktober, diikuti Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas, pada 24 Oktober.



Perlumbaan di Mexico, Brazil dan Qatar akan berlangsung tiga hujung minggu berturut-turut mulai 7 November, diikuti Arab Saudi dan Abu Dhabi pada dua hujung minggu pertama Disember. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >