LIGA PERDANA SINGAPURA
Raddy kembali ke Singapura, jadi jurulatih Home United
Pernah pimpin pasukan negara dalam tiga kejuaraan bolasepak Asean pada 2004, 2007 dan 2012
Jul 04, 2019 | 05:30 AM
BEKAS jurulatih bola sepak nasional, Radojko Avramovic, kini kembali ke Singapura selepas dilantik sebagai jurulatih Home United.
Berita tersebut, yang sebelum ini telah menjadi spekulasi ramai, disahkan dalam satu sidang media anjuran Liga Perdana Singapura (SPL) semalam.