Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Raddy undur sebagai jurulatih Home United atas sebab kesihatan

Aug 18, 2019 | 04:30 PM



SELEPAS hanya lapan perlawanan mengendalikan Home United, ketua jurulatih Raddy Avramovic telah mengundurkan diri dari jawatannya.



Menerusi satu kenyataan rasmi pagi tadi (18 Ogos), kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu berkata jurulatih berusia 69 tahun itu akan pulang ke negara kelahirannya, Serbia, untuk mendapatkan rawatan perubatan.



Difahamkan beliau menghidap penyakit barah paru-paru peringkat kedua.



Mengumumkan pengunduran Raddy, pengurus besar Home, Badri Ghent berkata:



“Kami amat terkejut dengan berita yang tidak dijangka ini dan semua orang di kelab ini berharap beliau dapat pulih dengan segera.



“Kami berasa amat bertuah kerana mendapat khidmat seorang jurulatih yang amat disegani sepertinya walaupun dalam tempoh yang singkat.



“Beliau tentunya telah memberi impak positif kepada semua orang di Home United semasa beliau bersama kami.”



Bekas jurulatih bola sepak nasional itu dilantik pada 2 Julai lalu. Sepanjang beliau mengendalikan Home, Raddy telah membantu kelab itu mencapai empat kemenangan, termasuk kemenangan 3-1 ke atas Warriors FC semalam. 



Di bawah pimpinannya, Home tewas dalam tiga perlawanan lain dan hanya mengecap satu keputusan seri.



Home kini menduduki tangga kelima selepas 20 perlawanan 



Dalam pada itu, penolong jurulatih Noh Rahman telah dilantik sebagai ketua jurulatih sementara. Kelab itu sedang dalam proses melantik ketua jurulatih baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >