Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN YANG JADI TUMPUAN

Raducanu 'permata' baru dunia tenis

Personaliti, darah kacukan dan bakat dijangka pacu kejayaan remaja ini, bukan hanya di dalam gelanggang, bahkan di luar gelanggang dengan kontrak tajaan lumayan
Sep 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kejayaan menakjubkan Emma Raducanu dalam Terbuka Amerika dijangka menjadi pemangkin kepada 'durian runtuh' bagi pemain remaja itu dengan para pengalisis menggangarkan pendapatan beliau berupaya mencecah AS$27.7 juta ($37.18 juta).



Nama pemain asal Britain berusia 18 tahun itu tidak pun didengar secara meluas dalam arena tenis global sebelum berjaya melayakkan diri ke pusingan ke-empat kejohanan Wimbledon tahun ini, setelah hanya berjaya meraih $53,696 sepanjang kerjaya profesionalnya yang bermula sekitar tiga tahun lalu.



Setelah menjadi wanita Britain pertama yang memenangi acara tenis Grand Slam dalam masa 44 tahun, para penganalisis menjangkakan pendapatan Raducanu dijangka melonjak berpuluh kali ganda.



$3.36 juta yang dimenanginya sebagai hadiah setelah mengalahkan seorang lagi pemain remaja, Leylah Fernandez, dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika itu telah menggamit imaginasi dunia sukan.



Di samping bakatnya, personaliti Raducanu, dengan wajah eksotiknya hasil perkahwinan campur antara bapanya, seorang asal Romania, dan ibunya, yang berasal dari China, menjadikan beliau jenama yang berpotensi menguasai bukan hanya dunia tenis, bahkan dunia sukan.



Sejurus selepas kemenangannya, Raducanu telah pun dijemput menjadi wajah kepada kulit majalah Vogue Britain edisi Oktober dan difahamkan jenama-jenama global daripada fesyen ke kereta dan barang kemas telah pun melahirkan minat kepada IMG, syarikat pengurusan pemain itu.



"Tiada batasan kepada apa yang boleh beliau capai di gelanggang tenis," kata Pengarah firma pemasaran sukan, CSM, Tim Lopez.



"Permintaan bagi beliau daripada jenama-jenama utama dunia sudah pun mula diterima, dan dengan kejayaan di gelanggang yang ramai jangkakan, Raducanu besar kemungkinan, boleh menjadi antara atlet paling hangat di pasaran," ujar beliau lagi.



Dengan pengikut dan tarikan global, tenis menyediakan laluan ke arah kekayaan bagi ramai pemain wanita terkemuka dunia dengan pemain Jepun, Naomi Osaka, dilaporkan menerima pendapatan $73.83 juta tahun lalu, tidak termasuk wang yang dimenangi daripada pertandingan tenis, berdasarkan laporan Forbes.



Dalam senarai 10 atlet wanita terkaya dunia, sembilan adalah pemain tenis.



Menurut Lopez, Raducanu berkongsi tarikan pemasaran seperti pemenang Grand Slam empat-kali, Osaka.



Sedang Raducanu memiliki ibu daripada keturunan Cina, Osaka pula mempunyai bapa asal Haiti dan ibunya pula berasal dari Jepun.



"Sebagai kayu ukur, bukan hanya dari segi arah kerjaya tenis mereka, tapi juga tarikan mereka dari segi personaliti dan juga latar belakang keluarga campur, saya melibat banyak persamaan antara Raducanu dengan Osaka.



"Dari sudut pandangan jenama, ini adalah satu kelebihan besar," ujarnya lagi.



Kemunculan Raducanu daripada pemain yang tidak dikenali kepada bintang sukan yang wajahnya disiarkan di hampir semua penerbitan utama dunia, para penganalisis sukan menjangkakan jenama pakaian akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tandatangan beliau.



Selepas Osaka memenangi kejuaraan Grand Slam berturut-turut pada 2018 dan 2019, Nike dilaporkan membayar atlet itu $13.4 juta untuk beliau mengakhiri hubungannya dengan jenama pesaing, Adidas.



Tarikan Raducanu, menurut ketua analisis sukan GlobalData, Conrad Wiacek, melampaui gelanggang tenis.



"Dari segi pemasaran, kemenangan mengejutnya itu bermakna Raducanu memiliki tarikan melebihi arena sukan.



"Sesuatu yang paling penting bagi saya ialah apabila beliau memberikan mesej dalam bahasa Mandarin bagi penonton Cina...ini adalah satu kelebihan bagi beliau berbanding ramai bintang-bitang sukan yang lain.



"Ini bermakna, jenama-jenama Barat yang mahu mengembangkan kehadiran mereka di China, akan mahu menjadikan Raducanu sebagai duta mereka," ujar beliau.



Justeru, Wiacek menjangkakan perjanjian tajaan pemain itu dengan Nike akan dirunding semula dengan remaja itu hampir pasti akan menerima bayaran yang lebih tinggi - dijangkakan sehingga $13.4 juta setahun, bagi tempoh dua tahun akan datang.



"Dengan latar belakang Cina dan Eropah pemain ini, tambahan lagi dengan beliau mewakili Britain, ia meletakkan Raducanu pada tahap 'bintang' yang berbeza daripada ramai pemain dan atlet lain.



"Ada yang mengatakan beliau berupaya menjadi atlet pertama yang bernilai AS$1 bilion...ini agak jauh lagi dan beliau harus mengekalkan konsistensi ini untuk sedekad akan datang.



"Tapi bagi 12 bulan akan datang, saya tidak terkejut jika nilainya mencecah AS$5 juta ($6.71 juta)," ujar Wiacek.



Raducanu kini diwakili Max Eisenbud, ejen yang sama yang membantu menjadikan pemain Russia, Maria Sharapova, sebagai atlet wanita terkaya dunia setelah beliau memanangi kejohanan Wimbledon pada usia 18 tahun, dengan pendapatan di luar gelanggang pemain itu mencecah $429.5 juta.



Namun, potensi kejayaan itu tidak datang tanpa cabaran dengan tekanan mental, fizikal dan emosional dek tuntutan pemasaran dan sukan yang boleh menjejas kesihatan mental atlet seperti yang dialami Osaka sekarang.



Justeru, Lopez berkata mencapai keseimbangan antara kegiatan dalam dan luar gelanggan adalah penting, di samping sokongan semua pihak.



"Semua pihak harus beri ruang dan peluang kepada pemain muda seperti Raducanu untuk memperkukuh kedudukan mereka dan tidak terlalu membebankan mereka dengan tekanan.



"Kita perlu beri fokus kepada kesejahteraan mental, kemudian kepada kesejahteraan sukan dan kemudian kesejahteraan kewangan pasti akan menyusul," tambahnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >