Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Radwanska julang trofi terbesarnya apabila juarai Final WTA di Singapura

Nov 01, 2015 | 10:27 PM



BELIAU dikenali dengan pelbagai gelaran, antaranya 'ninja', ahli silap mata' dan 'La Profesora' - perkataan Sepanyol bagi 'profesor'.


Sebentar tadi (1 November), srikandi Poland, Agnieszka Radwanska, boleh berbangga dengan satu lagi gelaran - juara baru di kejohanan Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas, kejohanan elit penutup tirai musim bagi lapan pemain terbaik dunia, yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.


Pemain pilihan keenam dunia itu menjulang mahkota kejuaraan terbesarnya sejauh ini selepas menewaskan pilihan kelima dunia dari Republik Czech, Petra Kvitova, 6-2, 4-6, 6-3 dalam satu pertarungan yang menarik selama dua jam.


Kemenangan ke atas juara Grand Slam dua kali ini di Wimbledon itu tentunya lebih manis bagi Radwanska yang sebelum ini hanya menang dua kali dalam lapan pertemuan dengan Kvitova sebelum ini.


"Ia (kejuaraan) begitu bermakna sekali bagi saya... ia adalah final pertama saya... segala-segalanya memihak kepada saya," ujar Radwanska yang diiringi air mata kegembiraan sejurus kejayaannya tadi.


Bagi Kvitova, kesudahannya begitu mengecewakan selepas beraksi cemerlang semasa menewaskan pilihan keempat dunia, Maria Sharapova, di separuh akhir semalam. Tetapi beliau gagal menunjukkan prestasi konsisten dan melakukan sehingga 53 kesilapan semasa kekalahan kepada Radwanska.


Kejuaraan beregu kejohanan ini dirangkul pasangan Martina Hingis dan Sania Mirza yang membuktikan mengapa mereka dianggap sebagai pasangan terbaik WTA selepas kemenangan mudah 6-0, 6-3 ke atas gandingan Sepanyol, Garbine Muguruza dan Carla Suarez-Navarro.


Kemenangan itu juga adalah yang ke-22 berturut-turut bagi Hingis dan Sania yang tidak tercicir satu set pun sepanjang beraksi di Singapura ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >