Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ragbi 7 sepasuk, makanan dan minuman kembali di stadium

Apr 09, 2022 | 06:15 PM




Selepas  dua tahun menunggu, peminat sukan ragbi teruja dapat kembali menonton pemain kegemaran mereka beraksi di Stadium Negara bagi Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC hujung minggu ini.



Bahkan, apa yang menggembirakan lagi adalah kejohanan tahunan itu, yang “berehat” selama dua tahun akibat Covid-19, diadakan dengan kelonggaran sekatan di tengah-tengah pandemik.



Edisi 2022 kejohanan itu adalah acara sukan pertama di Singapura di mana penonton yang hadir dibenarkan makan dan minum di tempat duduk mereka.



Ini menyusuli kelonggaran pada langkah pengurusan selamat Covid-19 yang berkuatkuasa sejak minggu lalu, sedang Singapura bergerak ke fasa endemik.



Encik Syafiq Izzuddin, 25 tahun, ketika ditemui di Stadium Negara pada Sabtu (9 April), berkata beliau gembira dapat menyaksikan semula pasukan kegemarannya, Australia, secara langsung meskipun suasana di stadium kali ini tidak semeriah empat edisi lalu.



“Sudah dua tahun tidak dapat menonton ragbi tujuh sepasuk di depan mata, jadi saya rasa sangat gembira...Tapi, suasananya tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu, ada ‘Hot Seat’ (tempat duduk khas untuk peminat) dan lebih banyak interaksi bersama hos,” kongsi pemandu kereta sewa privet itu.



Setiap penonton juga perlu menyerahkan hasil negatif ujian pantas antigen (ART) sebelum dibenar masuk ke stadium. Ini boleh dilakukan di dalam talian dan mereka perlu menunjukkan bukti penyerahan berupa resit e-mel di pintu masuk.



Semasa berada di tempat duduk penonton, mereka pula dihadkan kepada kumpulan lima orang dan perlu mematuhi langkah jarak selamat.



Encik Syafiq, yang hadir bersama makciknya yang ingin dikenali sebagai Cik Siti, menambah langkah pengurusan selamat yang ditetapkan tidak sukar untuk dipatuhi kerana “pihak penganjur kerap menghantar peringatan sebelum hari acara”.



Bagi seorang lagi peminat ragbi, Cik Ling Xin Ping, 29 tahun, beliau menyambut baik kelonggaran sekatan di acara sukan di sini.



“Menonton perlawanan ragbi selalunya dinikmati dengan minuman keras. Jadi, saya gembira kami tidak dihadkan kepada  memakai pelitup sepanjang kejohanan. Keizinan untuk makan dan minum di tempat duduk penonton menambah kepada keseronokan menonton sukan,” tambahnya.



Tiga edisi pertama Tujuh Sepasuk Singapura, pada 2016 hingga 2018, menarik sejumlah 140,000 peminat, dan edisi lalu pada 2019 menyaksikan 57,000 penonton hadir. Tahun ini, sehingga 12,000 penonton dibenar hadir di stadium setiap hari.




 


 


 


 


 


 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >