Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rahsia kejayaan Ajax

'Kami lahirkan legenda, bukan beli legenda'
May 21, 2019 | 05:30 AM



Mereka mungkin dikecewakan gol minit-minit terakhir daripada melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Harapan kelab Belanda, Ajax, ke final kejohanan berprestij itu mungkin tidak kesampaian selepas keputusan seri agregat 3-3 dengan Tottenham Hotspur menyaksikan kelab England itu mara ke final melalui kelebihan gol di padang lawan. Namun, skuad muda Ajax berjaya mendapat tumpuan dan pujian ramai sepanjang kempennya yang cemerlang di Eropah musim ini yang turut menyaksikannya mengejutkan Real Madrid dan Juventus dalam laluan ke separuh akhir. Dalam liga domestik, Ajax membuktikan mereka 'raja' bola sepak Belanda apabila dikalung kejuaraan berganda - johan Piala Belanda pada 5 Mei lalu serta menjamin kejuaraan liga buat kali ke-34 minggu lalu. BERITA HARIAN menyorot rahsia kejayaan Ajax musim ini serta menampilkan beberapa tunggak muda yang mengujakan pasukan itu.



MENURUT Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ajax Amsterdam yang juga bekas bintang penjaga gawang Manchester United, Edwin van der Saar, strategi kelab Belanda itu ialah "melahirkan legenda, dan bukannya membeli legenda".



Bekas penyerang Mesir yang menghabiskan 13 tahun menyarungi jersi Ajax dan Tottenham Hotspur, Mido, pula memberitahu CNN bahawa rahsia kejayaan kelab itu ialah dengan mendidik pemain-pemain muda supaya "menjadi berani" di samping meyakinkan bahawa mereka berada setaraf dengan kelab-kelab terkemuka yang lain.



Justeru barisan pemain muda itu turut dibimbing dan dilengkapi tahap kecekapan teknikal yang tinggi sepanjang latihan di akademi Ajax yang mashyur yang bergelar 'De Toekomst'.



Ini secara sekilas adalah antara faktor yang mendorong laluan cemerlang kelab itu dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini - mengetepikan kelab-kelab handalan lain seperti Real Madrid dan Juventus - sebelum nyaris-nyaris tersingkir dari final selepas keputusan agregat 3-3 dengan Tottenham Hotspur selepas 180 minit dua pertarungan separuh akhir timbal balas yang menghadiahkan 'tiket' ke final kepada kelab England itu melalui peraturan gol di padang lawan!



Dalam era 'super clubs' hari ini yang menyaksikan kelab-kelab berlumba untuk menayangkan kekayaan di pasaran pemindahan pemain serta membayar gaji lumayan, Ajax mengambil pendekatan berbeza yang turut menyaksikannya mengorak langkah jauh dalam Liga Juara-Juara dengan mengekalkan prinsip dan mempromosikan bakat-bakat mudanya.



Keseluruhannya, bil gaji barisan pemain Ajax adalah jauh lebih kecil daripada kebanyakan pasukan yang dihadapinya dalam Liga Juara-Juara musim ini.



Sekalipun kelab kendalian jurulatih Erik Ten Hag ini mendapatkan beberapa pemain berpengalaman seperti Daley Blind dan Dusan Tadic, bayaran yang dikeluarkan boleh dianggap 'kacang' oleh kelab-kelab hartawan di Eropah.



Kos keseluruhan skuad Ajax dianggarkan bernilai 378 juta euro ($576.6 juta) menurut laman Transfermarkt - kadar itu jauh di belakang kelab-kelab seperti Tottenham ($930 juta euro), Liverpool ($953 juta euro) dan Barcelona ($1.18 bilion euro).



Antara bintang mudanya yang menarik perhatian termasuk Matthijs de Ligt - yang baru berusia 19 tahun tetapi sudah pun merasakan tahap tinggi bola sepak profesional berbanding yang telah dilalui pemain-pemain lain sepanjang kerjaya profesional mereka.



Semasa Ajax menyingkirkan Real pada Mac lalu, De Ligt turut mengukir sejarah unik sebagai kapten pasukan termuda dalam sejarah perlawanan peringkat kalah-mati pertandingan berprestij Eropah itu.



Seorang lagi ialah bintang midfield muda, Frenkie de Jong, 21 tahun, yang sudah pun mengikat kontrak untuk menyertai Barcelona pada 1 Julai ini.



Difahamkan, Barcelona tidak berlengah mendapatkan tandatangan De Jong sebaik mendapat tahu bahawa seterunya di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) turut berminat mendapatkan pemain itu.



Barca menawarkan 75 juta euro di samping 11 juta euro bagi kos lain bagi mengikat De Jong sehingga 2024 di Camp Nou.



Malah beberapa kelab gergasi Eropah lain dikatakan hanya menunggu masa sebelum mengemukakan tawaran dan 'menyambar' De Ligt selain beberapa rakan sepasukannya lain seperti David Neres, Donny van de Beek, Andre Onana, Kasper Dolberg dan Dani de Wit.



Hasrat mereka untuk menjulang mahkota terbesar Eropah ini pada final di stadium Wanda Metropolitano di Madrid pada 1 Jun ini nanti mungkin tidak kesampaian tetapi laluan cemerlang serta kehebatan yang disajikan bintang-bintang mudanya menjadikan Ajax antara kelab yang menjadi sebutan ramai peminat musim ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >