Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ramos jaring hatrik, Ronaldo harus terima hakikat bintangnya kian pudar

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Cristiano Ronaldo dipinggirkan kepada peranan superstar yang tidak diingini oleh sesiapa pun selepas Portugal mengikuti jejak Manchester United dalam memutuskan mereka mungkin lebih baik tanpanya.



Dan pastinya mereka lebih baik tanpa Ronaldo apabila Portugal menghargai keberanian jurulatih Fernando Santos dalam menyingkirkan ikon sukan negaranya ke bangku simpanan dengan persembahan serangan yang lengkap dan kemenangan 6-1 ke atas Switzerland untuk menempah tempat suku akhir Piala Dunia menentang Maghribi.



Santos tidak sahaja mewajarkan keputusannya membuang Ronaldo selepas mengkritik gerak geri penyerang itu secara terbuka apabila beliau digantikan dalam perlawanan terakhir pusingan kumpulan menentang Korea Selatan, beliau juga mendapat durian runtuh apabila pengganti muda Ronaldo, Goncalo Ramos beraksi mantap dan mencatat jaringan hatrik.



Ia merupakan tempoh yang menyiksa bagi maruah dan ego Ronaldo, 37 tahun, apabila mula-mula kerjayanya di Manchester United berakhir dengan teruk berikutan kritikan terbukanya terhadap kelab itu dan kini Portugal melakukan apa yang sebelum ini tidak dapat difikirkan - sekurang-kurangnya untuk selama 31 perlawanan dan sebelum Euro 2008 - dan membuangnya daripada kesebelasan utama mereka di kejohanan utama.



Ini sememangnya panggilan pemilihan paling berani dalam Piala Dunia ini dan yang terbesar dalam masa lapan tahun Santos mengendalikan Portugal.



Santos, walaupun mempunyai kemenangan Euro 2016 dalam CV-nya, akan mengetahui apa yang dipertaruhkan dengan membuat perubahan seismik ini. Jika Portugal tewas, beliau akan tahu siapa yang akan perlu bertanggungjawab untuk penyingkiran Piala Dunia mereka dan ia bukan Ronaldo.



Sebaliknya, Santos memerhati dengan riak wajah tegas biasanya ketika Portugal kelihatan pasukan yang lebih bersemangat, mempunyai pergerakan lancar dan mengancam tanpa tumpuan mereka terjejas oleh kehadiran Ronaldo yang sering terlalu menguasai orang lain.



Portugal bermain dengan lancar melalui bahagian midfield di bawah kawalan Bernardo Silva dan Bruno Fernandes dan di bahagian depan. penyerang berusia 21 tahun Benfica, Ramos, yang sebelum ini tidak dikenali untuk kebolehan menjaring golnya, memikul segala beban sebagai pengganti Ronaldo dengan baik.



Joao Felix, yang berbakat tetapi sebelum ini hambar, kelihatan bebas, seperti pemain lain dalam pasukan Portugal.



Hatrik Ramos muncul dalam pelbagai bentuk gol yang sangat baik menerusi jaringan depan gawang yang dirembat tinggi mengatasi penjaga gol Switzerland, Jan Sommer, kemudian rembatan jarak dekat dari hantaran lintang, sebelum melakukan jaringan bijak untuk hatriknya.



Permulaan perlawanan penuh pertama untuk Portugal yang boleh dianggap hebat.



Ronaldo, sebelum perlawanan ini, telah bermain 514 minit bola sepak pusingan kalah mati Piala Dunia tanpa jaringan. Ramos mendapat tiga gol dalam masa 67 minit.



Pepe, pemain veteran pertahanan berusia 39 tahun, menunjukkan usia bukan faktor dalam pemikiran Santos ketika beliau menanduk gol kedua manakala Ramos menunjukkan beliau boleh mencipta dan menjaringkan gol apabila beliau membantu membentuk jaringan Raphael Guerriero.



Dan sepanjang perlawanan itu, Ronaldo duduk di bangku simpanan, dengan kamera dilatih merakam setiap ekspresi wajahnya, ketika wira Portugal itu menyaksikan tanda-tanda awal kerjaya antarabangsanya berikutan nasib kerjayanya di Manchester United. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >