BOLA SEPAK DI SERATA DUNIA
Rasa terancam, keluarga peminat cilik Messi mohon dihantar ke Sepanyol
May 05, 2016 | 05:30 AM
QUETTA (Pakistan): Keluarga kanak-kanak lelaki yang menyentuh perasaan selepas gambarnya menyarung 'jersi' Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas melarikan diri dari Afghanistan.
Murtaza Ahmadi, lima tahun, menjadi sensasi di Internet Januari lalu selepas abangnya menerbitkan di Facebook gambarnya memakai beg plastik berwarna biru putih semasa bermain bola sepak.