Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rashford dapat tumpuan ramai, antara penyerang berbisa musim ini

Jan 24, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Dalam musim kali ini, penyerang yang mendapat tumpuan ramai memakai jersi biru dari pasukan Manchester City.



Tapi kali ini ada seorang lagi.



Namanya Marcus Rashford dan sejauh ini beliau telah menambah jaringan peribadinya kepada 16 gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut.



Yang terkini semasa United menumpaskan Manchester City 2-1 di Old Trafford dalam Liga Perdana England (EPL).



Malah beliau menjaringkan dua gol semasa United menang 3-0 ke atas Charlton dalam suku akhir Piala EFL tiga hari sebelum itu.



Berdasarkan kecemerlangan dan rentak permainannya setakat ini, Rashford yang berusia 25 tahun dijangka mampu mengatasi 22 gol jaringannya semasa musim 2019-2020.



Yang pasti pengurus United, Erik ten Hag berharap Rashford terus memberi tumpuannya dalam setiap perlawanan.



"Tidak kira jika anda bermain atau tidak. Yang pasti anda perlu terus beri tumpuan dan jaringkan gol," kata ten Hag semasa ditanya media sekiranya Rashford akan dapat perbaiki terus permainannya.



"Pemain seperti Marcus, dan yang lain-lain juga termasuk Anthony Martial, akan dapat bermain dengan baik sekiranya memberi tumpuan 100 peratus dalam permainan.



"Mereka hanya perlukan detik peluang yang baik untuk mengubah perlawanan menjadi positif buat mereka.



"Sekiranya Marcus dapat hasilkan kemampuan itu, beliau akan dapat jaringkan lebih banyak gol dan menyumbang kepada kejayaan pasukan semasa musim kali ini," ujarnya.



Kini, nama Rashford menjadi bualan ramai peminat bola sepak - setanding dengan nama Erling Haaland, penyerang berbisa yang bermain dengan Manchester City.



Padahal pada Jun lepas, nama Rashford seolah-olah berada di persimpangan.



Beliau telah diketepikan daripada skuad England dalam empat perlawanan Liga Negara-Negara.



Ini selepas beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi bahunya yang tertangguh menyusuli penglibatannya dalam Euro 2020.



Dalam Euro 2020, beliau terlepas jaringan penalti yang diambilnya ketika itu lantas bak memberi tekanan mental ke atas dirinya.



Beliau boleh dianggap menjalani "pembaharuan diri".



Bukan meninggalkan padang terus demi melupakan trauma Euro 2020 yang dilaluinya.



Sebaliknya semasa lawatan United ke Amerika Syarikat sempena musim panas ketika itu, Rashford melalui latihan intensif sempena pramusim sebagai persiapan menyeluruh sebelum musim baru bermula.



Rashford dilaporkan berlatih di dua tempat - ibu pejabat Nike di Portland dan sebuah padang kolej di New Jersey.



Berdasarkan catatan yang dibuatnya dalam media sosial, jelas Rashford menjalani latihan amat intensif dan terperinci pada ketika itu.



Kelakonannya berdasarkan data yang diperoleh serta analisis berkaitan beberapa aspek perlawanan yang melibatkannya.



Antaranya termasuk larian pecut dan bagaimana impak setiap larian dan postur tubuh akan menjejas kelajuannya.



Satu lagi berkaitan visi penglihatannya semasa memusing daripada pihak lawan atau arah bola.



Perubahan yang dibuat dapat menjimatkan masa - walaupun kurang sesaat.



Rakaman video dalam media sosial juga menunjukkan Rashford melakukan banyak larian, memberi banyak tumpuan kepada kekuatan hasil nasihat para jurulatih di Portland.



Rashford sedar akan kepentingan di sebalik sesi-sesi sedemikian.



Bersama pasukan United, Rashford memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dirinya semula.



Kekalahan kepada Brighton dan Brentford pada Ogos lalu menambahkan kemarau gol Rashford kepada 17 perlawanan.



Namun kemenangan ke atas Liverpool pada 22 Ogos lalu bak mengubah nasib Rashford dan United secara keseluruhannya.



Sejak kekalahan kepada Brentford, United hanya gagal menang lima daripada 25 perlawanan mereka dalam semua pertandingan.



Dan Rashford sendiri telah jaringkan 12 gol dalam semua perlawanan itu.



Beliau kemudian berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan England semasa Piala Dunia yang lalu dan menjadi penjaring terbanyak buat pasukan negara itu bersama rakan sepasukan, Bukayo Saka.



Meskipun kembali dengan semangat yang lebih baik, beliau masih belum sempurna.



Rashford digugurkan daripada kelabnya semasa kunjungan ke padang Wolverhampton Wanderers pada 31 Disember lalu.



Sebabnya: Beliau terlewat bangun tidur.



Namun kedua-dua mereka telah pun kembali berbaik selepas itu dan bagi Rashford beliau telah dapat membuktikan sebab dirinya kini setanding dengan para penyerang lain dalam EPL. - Agensi berita.




"Sekiranya Marcus dapat hasilkan kemampuan itu, beliau akan dapat jaringkan lebih banyak gol dan menyumbang kepada kejayaan pasukan semasa musim kali ini."
- Pengurus Manchester United, Erik ten Heg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >