Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Rashford menyengat... Man U hampiri tempat 4 teratas, Chelsea tamatkan kekalahan

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Marcus Rashford terbukti cergas, beraksi cemerlang dan sedang menikmati bola sepaknya.



Namun, prestasinya yang mengagumkan baru-baru ini juga mendedahkan mengapa beliau bukan jawapan kepada keperluan United untuk mendapatkan penyerang baru, demikian menurut bekas penyerang England Alan Shearer.



Rashford memimpin membantu United mencatat kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest kelmarin, tetapi Shearer berkata mereka mesti membeli seorang 'pemain No 9' untuk melengkapkan kualiti pemain berusia 25 tahun itu.



Ketika menentang Forest, Rashford membuka jaringan pada minit ke-19 hasil umpanan Christian Eriksen dan Anthony Martial menambah jaringan tiga minit kemudian.



Dengan Martial bermain sebagai penyerang utama, pemain England itu beraksi di bahagian kiri 'midfield', yang membolehkan beliau menyebabkan masalah kepada pertahanan Forest dengan pergerakannya.



"Saya fikir Rashford lebih selesa bermain dalam posisi yang kita lihat malam ini. Beliau kelihatan lebih baik," kata Shearer dalam Amazon Prime.



"Beliau telah diberi sedikit kebebasan - jika beliau mahu turun ke tengah pada masa-masa tertentu, dia boleh.



"Tetapi, apabila beliau mempunyai banyak ruang untuk menyusup masuk dari bahagian sayap, beliau pemain yang lebih baik. Beliau sangat, sangat bagus dalam membuat larian itu.



"Dari segi kemampuan sebagai penyerang tengah, beliau tidak mempunyai naluri, keupayaan semula jadi untuk berfikir 'ya, saya akan masuk ke sana, saya akan mendapatkan lebih banyak ruang untuk merembat bola'.



"Tetapi tidak dapat dinafikan kemampuannya, beliau seorang pemain yang hebat."



Keperluan United untuk mendapatkan penyerang tengah baru telah lama disebut-sebut dan pencarian telah dipercepatkan berikutan pemergian Cristiano Ronaldo yang dipersetujui bersama sebelum Piala Dunia.



United mendapat gol ketiganya hasil jaringan Fred tiga minit sebelum tamat permainan.



Kemenangan itu meletakkan United hanya satu mata di belakang kelompok empat pasukan teratas tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Dalam pada itu, pengendali Chelsea, Graham Potter, memuji respons anak didiknya yang menamatkan deretan lima perlawanan tanpa kemenangan sebelum rehat Piala Dunia dengan menewaskan Bournemouth 2-0 dalam aksi liga kelmarin.



Kai Havertz dan Mason Mount menemui sasaran dalam tempoh 24 minit pertama untuk kembali meletakkan Chelsea dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Chelsea kini melonjak ke tangga kelapan liga dan ketinggalan enam mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.



"Anda perlu menggunakan tempoh rehat dengan sebaiknya. Ia peluang untuk menilai semula persembahan dan mendapatkan kembali pemain-pemain yang cedera," kata Potter.



Bagaimanapun kemenangan itu dibayangi kecederaan ke atas pemain pertahanan, Reece James, yang baru pulih daripada kecederaan lutut yang menyebabkannya tercicir daripada skuad Piala Dunia England. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >