Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Rasuah: Pegawai Paraguay serbu persekutuan bola sepak Amerika Selatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Rasuah: Pegawai Paraguay serbu persekutuan bola sepak Amerika Selatan

Jan 08, 2016 | 12:14 PM

ASUNCION: Pendakwa raya Paraguay menyerbu ibu pejabat persekutuan bola sepak Amerika Selatan, Conmebol, pada Khamis (7 Jan) dalam perkembangan selanjutnya skandal rasuah bola sepak global.

Peguam Conmebol, Encik Cristobal Caceres, memberitahu media tempatan serbuan itu ada kaitan dengan kes yang belum selesai di Amerika Syarikat terhadap bekas ketua persekutuan itu, Nicolas Leoz, yang didakwa rasuah dan sedang menghadapi ekstradisi.

"Kami sedang menyediakan dokumen yang diminta," kata Caceres, sambil menambah bahawa "beberapa dokumen berkaitan doktor Leoz tidak ada di sini".

Bangunan ibu pejabat itu terletak di pinggir bandar ibu kota Paraguay, Asuncion, di mana Leoz, 87 tahun, diletak di bawah tahanan dalam rumah sejak Mei, selepas didakwa.

Dua lagi bos bola sepak - bekas presiden Honduras dan bekas ketua Conmebol - bulan lalu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan Amerika terhadap mereka kerana disyaki menerima rasuah sebagai pertukaran bagi kontrak media dan pemasaran.

Rafael Callejas, presiden Honduras dari 1990 hingg 1994 yang kemudian menjadi presiden persekutuan bola sepak negara itu, dan Juan Angel Napout, warga Paraguay bekas ketua Conmebol, pergi ke Amerika secara sukarela selepas dakwaan ke atas mereka didedah pada 3 Disember.

Mereka antara 41 orang dan entiti yang dikenakan tuduhan rasuah dalam tindakan meluas Amerika, yang turut menjejas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dalam siasatan sama, pihak berkuasa Switzerland dan Amerika sedang menyiasat apakah kontrak perniagaan dan hak menjadi hos Piala Dunia 2018 di Russia dan 2022 di Qatar dimenangi dengan bantuan rasuah. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3