Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ratusan lapor didera secara seksual semasa budak oleh jurulatih bola sepak Britain

Dec 02, 2016 | 07:26 AM



LONDON: Kira-kira 350 orang tampil untuk mengatakan mereka didera secara seksual semasa kanak-kanak oleh jurulatih bola sepak remaja di Britain, kata Majlis Ketua Polis Kebangsaan (NPCC) pada Khamis (1 Dis).



Betapa besarnya penganiayaan itu mula muncul minggu lalu selepas beberapa bekas pemain bola sepak, termasuk pemain antarabangsa England, mengisahkan tentang pengalaman pahit yang dikenakan ke atas mereka oleh jurulatih.



"Kami sedang bekerja rapat dengan Persatuan Bola Sepak untuk memastikan respons kepada jumlah besar dan semakin bertambah ini, di semua peringkat bola sepak, diselaras dengan berkesan," kata Ketua Konstabel Simon Bailey, ketua NPCC bagi perlindungan kanak-kanak.



NPCC berkata jumlah "besar" panggilan telah dibuat kepada polis selepas bekas pemain tampil untuk bersuara tentang penderaan yang mereka alami semasa kanak-kanak.



BBC berkata angka NPCC itu berdasarkan siasatan sedia ada serta talian bantuan baru yang ditubuhkan oleh sebuah badan amal British, Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC).



NSPCC berkata talian bantuan itu menerima 860 panggilan dalam minggu pertama, membolehkan ia merujuk 60 kes kepada polis atau perkhidmatan sosial dalam tempoh tiga hari pelancaran hotline tersebut.



Jumlah itu lebih tiga kali ganda jumlah rujukan yang dibuat dalam tiga hari pertama talian bantuan yang ditubuhkan bagi mangsa Jimmy Savile, seorang pedofil bersiri yang juga bekas penyampai televisyen BBC yang telah meninggal dunia.



Lima belas pasukan polis di seluruh Britain kini sedang menyiasat kes penderaan seksual bola sepak itu, yang menjadi berita utama setiap hari di negara ini sejak dua minggu lalu.



Pada Selasa (29 Nov) seorang bekas jurulatih pasukan belia, Crewe Alexandra Barry Bennell, dikenakan lapan tuduhan penderaan kanak-kanak.



Bennell, yang sudah menjalani tiga hukuman penjara bagi kesalahan seks kanak-kanak sebelum ini, menghadapi tuduhan baru melibatkan sekurang-kurangnya 20 bekas pemain bola sepak yang merangkumi tiga dekad, bermula pada 1970-an, semasa dia bekerja di pasukan Crewe Alexandra, Manchester City dan Stoke City.



Ketua Konstabel Bailey menggalak sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak dalam bola sepak supaya tampil.



"Kami terus menggalak mereka yang menjadi mangsa penderaan seksual kanak-kanak melaporkannya, tidak kira berapa lama penderaan itu mungkin telah berlaku," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >