Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Reaksi berbeza mengenai aturan kongsi stadium

Langkah dapat memaksimumkan sumber dan kurangkan kos; namun boleh jejas identiti kelab dan peluang komersial
Feb 21, 2019 | 05:30 AM



KEPUTUSAN untuk menempatkan lapan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) di empat stadium berbeza terus mengundang pelbagai reaksi berbeza.



Terdapat sesetengah pihak yang mengalu-alukan perubahan ini, namun ada juga yang mempersoalkan langkah ini sama ada ia akan menjejaskan identiti sesebuah kelab dan kumpulan penyokongnya.



Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengumumkan beberapa inisiatif menjelang musim yang bakal bermula tidak lama lagi.



Sebagai sebahagian pembaharuan SPL musim depan, FAS memperuntukkan pelan perkongsian stadium antara lapan kelab setempat.



Langkah ini bakal melihat Stadium Bishan menjadi hos kepada perlawanan Home United dan Balestier Khalsa manakala Young Lions dan Hougang United akan berkongsi menggunakan Stadium Jalan Besar.



Juara bertahan Albirex Niigata dan Warriors FC akan mengongsi Stadium Jurong East sementara Our Tampines Hub (OTH) bakal digunakan Tampines Rovers dan Geylang International.



Langkah itu bertujuan menyatukan sumber selain mengoptimumkan nilai komersial untuk kelab SPL dan meningkatkan pengalaman perlawanan buat peminat, menurut FAS lagi.



Bagi seorang peminat bola setempat, Hairul Bohari, 32 tahun, beliau berpendapat bahawa langkah tersebut merupakan satu langkah wajar memandangkan jumlah peminat yang turun ke stadium tidak semeriah seperti dulu.



Beliau juga pernah menyarankan idea perkongsian stadium ketika satu sesi perkongsian di peringkat akar umbi sebelum ini.



Oleh itu, beliau memberi sokongannya terhadap langkah yang juga sebahagian daripada Pelan Induk Kemudahan Sukan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



"Tidak dapat dinafikan selain daripada membantu mengurangkan kos, langkah ini juga mungkin dapat menyaksikan lebih ramai peminat bola sepak turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.



"Mereka yang mahu menyaksikan perlawanan SPL tidak lagi perlu berasa bingung di mana perlawanan itu akan dimainkan dan membuat perjalanan jauh.



"Dengan mengehadkan kepada empat stadium ini, ia juga akan menjimatkan masa peminat bola sepak setempat," kata Hairul.



Beliau turut berpendapat bahawa reaksi daripada peminat tidak begitu ketara sambil berkata:



"Daripada 10 peminat, mungkin hanya tiga yang menentang perubahan ini.



"Jika kita lihat sekarang, jumlah peminat setia atau 'diehard' tidak sebesar dulu, jadi mungkin perubahan ini tidak memberi kesan besar."



Namun begitu, tidak semua yang ghairah untuk beralih stadium yang dilihat sebagai markas kelab masing-masing.



Mereka berpendapat bahawa dengan peralihan ke stadium lain, ia mungkin boleh melenyapkan rasa kebanggaan terhadap identiti kelab mereka.



Antaranya ialah kumpulan penyokong setia Hougang United, Hougang Hools, yang menjadi kelab penyokong bola sepak tempatan terbaik di Singapura.



Meskipun tidak dapat dihubungi Berita Harian, kumpulan itu telah membangkitkan persoalan tentang jangka masa yang ditetapkan buat Hougang menjadikan Stadium Jalan Besar sebagai padang sendiri menerusi akaun Facebook mereka.



Dalam bahagian komen kepada pos yang telah mereka kongsikan tentang pengumuman tersebut, mereka menulis:



"Kami mungkin sebuah pasukan yang kecil tetapi kami sangat sayangkan kelab ini dan kami sungguh bangga dengan Stadium Hougang yang mampu menyediakan identiti yang amat diperlukan dalam liga tempatan kami.



"Kami hanya inginkan 'rumah' kami semula, dan kami tahu ramai kelab SPL juga mahu bermain di padang sendiri."



Dalam pada itu, menurut Timbalan Pengarah Balestier Khalsa, Darwin Jalil, perkongsian stadium ini mungkin akan menjejas peluang komersial kelab SPL.



"Perkongsian stadium ini membawa banyak cabaran kepada kebanyakan kelab. Dengan perubahan kepada pengalaman hari perlawanan dan juga prasarana stadium yang digunakan, ia semestinya langkah ke hadapan bagi arena bola sepak tempatan.



"Namun, pengaturan logistik untuk pasukan berlatih di tempat lain selain padang sendiri merupakan satu kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pasukan yang tidak menggunakan stadium yang ditetapkan secara kerap.



"Selain itu terdapat kebimbangan mengenai peluang komersial kerana setiap kelab telah dinasihatkan bahawa papan tanda penaja dan mempromosikan jenama tersebut hanya boleh dipasang pada hari perlawanan.



"Untuk mengkomersialkan dan mendapatkan lebih banyak penaja korporat, kami perlukan penampakan berterusan tajaan tersebut agar rakan kongsi kita dapat terus menyokong kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >