Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Real Madrid benam Bayern Munich 4-0 untuk ke final

Apr 30, 2014 | 11:21 AM



MUNICH (Jerman): Real Madrid melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah setelah membelasah penyandang juara, Bayern Munich 4-0, pada separuh akhir kedua di Allianz Arena, awal pagi tadi waktu Singapura.


Kegagahan Real Madrid terserlah dalam separuh masa pertama apabila ia berjaya menyumbatkan tiga gol menerusi sumbangan Sergio Ramos pada minit ke-16 dan minit ke-20 manakala Cristiano Ronaldo pada minit ke-34.


Ronaldo menyumbatkan gol kedua pada minit ke-90.


Ini menjadikan Real ke final dengan agregat 5-0, sekaligus membenamkan harapan Bayern Munich untuk melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut


Pasukan manakah yang akan berentap dengan Real Madrid semasa final nanti akan diketahui selepas perlawanan separuh akhir kedua antara Chelsea dengan Atletico Madrid di Stamford Bridge, awal pagi esok.


Sementara itu, Ronaldo mencatat rekod baharu Liga Juara-Juara apabila menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu musim - dengan membolosi gol lawan sebanyak 16 kali.


Rekod jaringan ini sebelumnya disandang penyerang Barcelona, Lionel Messi dengan 14 gol untuk musim 2011-2012 dan Jose Altafini 'Mazzola' dari AC Milan pada 1962-63. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >