SEPERTI yang diramalkan, Red Bull dan Ferrari menguasai sesi latihan pertama semalam - menggambarkan saingan hebat dua pasukan itu apabila berbaris di petak mula perlumbaan Grand Prix Singapura malam esok.
Dengan Red Bull dan Ferrari dikatakan memiliki kereta yang paling sesuai menangani Litar Jalan Raya Marina Bay yang berliku lagi 'berbelit' - paling banyak selekoh berbanding 19 perlumbaan lain dalam kalendar Formula Satu (F1) musim ini - Daniel Ricciardo, Sebastian Vettel dan Max Verstappen semuanya tidak mengecewakan.