Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: City terus mara, Spurs terus kecewa

'Red Devils' belum putus asa kejar Man City

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Ole Gunnar Solskjaer belum berputus asa dan memastikan Manchester United akan terus memberi tekanan kepada Manchester City untuk bersaing merebut juara Liga Perdana England (EPL), meskipun pendahulu liga itu kini paparkan prestasi yang menakjubkan.



City kini mempunyai kelebihan 10 mata mengatasi seteru mereka itu setelah memenangi 18 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk kemenangan tipis ke atas Arsenal kelmarin.



Prestasi tidak menentu United menyumbang kepada jurang itu namun Red Devils merakam kemenangan kedua dalam enam aksi liga selepas menewaskan Newcastle 3-1 di Old Trafford, awal pagi semalam.



"Kami perlu terus mengejar mereka. Setiap kali kami raih tiga mata, kami sudah melakukan tugas kami dan itu yang perlu dilakukan.



"Dalam masa yang sama, kami hanya perlu melihat juga apa yang pasukan lain lakukan," kata Solskjaer.



Bruno Fernandes dan Marcus Rashford sekali lagi menemui sasaran ketika United memerlukan barisan terbaik mereka untuk mengatasi prestasi yang kurang meyakinkan.



Solskjaer membuat lima pertukaran ke atas skuad yang membenam Real Sociedad 4-0 dalam aksi Liga Europa Khamis lalu.



"Kami perlu mencari jalan untuk menang di separuh masa kedua. Di separuh masa pertama, kami tidak beraksi pada tahap yang kami inginkan.



"Mungkin kerana Newcastle memberi tentangan, atau mungkin kerana apa yang kami lakukan sepanjang minggu," katanya.



Rashford membuka jaringan pada minit ke-30 bagaimanapun Allan Saint-Maximin menyamakan kedudukan enam minit kemudian.



Daniel James meletakkan United di depan pada minit ke-57 sebelum Fernandes memastikan kemenangan dengan menyempurnakan sepakan penalti.



Dua kemenangan dalam 14 perlawanan meletakkan Newcastle hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.



City terus mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas EPL selepas tandukan Raheem Sterling di awal permainan memberikan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal.



Keputusan tersebut meletakkan City semakin hampir dengan kejuaraan liga ketiga dalam empat tahun, walaupun prestasi anak buah Pep Guardiola sedikit hambar dalam aksi di Stadium Emirates. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >