Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Red Devils yakin layak ke Liga Juara-Juara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Red Devils yakin layak ke Liga Juara-Juara

Dec 24, 2018 | 12:01 PM

LONDON: Manchester United masih mampu layak ke Liga Juara-Juara selepas meraih kemenangan pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, menurut pemain pertahanan kiri, Luke Shaw.

United menang 5-1 di Cardiff dalam aksi pertama sejak Jose Mourinho dipecat dan bekas penyerang mereka, Solskjaer dilantik menjadi pengendali sementara.

Mereka kini di kedudukan keenam dalam Liga Perdana, lapan mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

"Sudah pasti kami mahu empat teratas dan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan,” kata Shaw.

"Saya tidak nampak mengapa kami tidak boleh layak jika kami terus mengekalkan prestasi seperti ketika membenam Cardiff semalam.”

United mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini menentang Paris St-Germain.

Shaw beraksi penuh menentang Cardiff tetapi sebelum itu dia digugurkan oleh Mourinho dalam tiga aksi terakhir liga.

Pertahanan England itu di antara beberapa pemain United yang tidak ‘digemari’ pengurus dari Portugal itu sepanjang tempoh dua setengah tahun dia bertugas.- Agensi 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3