Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Regu takraw S'pura menang emas pertama dalam tiga dekad

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Regu takraw S'pura menang emas pertama dalam tiga dekad

May 07, 2015 | 06:35 PM

SKUAD sepak takraw nasional meneruskan pencapaian cemerlang apabila berjaya memenangi pingat emas pertama sukan itu dalam tempoh tiga dekad dalam acara beregu Kejohanan Sepak Takraw Sedunia Piala Raja Thai Ke-30 di Bangkok tengah hari tadi.

Regu Singapura terdiri daripada Mohamad Farhan Amran, Muhammad Yassin Suhaimi dan Muhammad Hafiz Nor Izam Ja'afar menewaskan regu yang meningkat naik dari Filipina dalam tiga set 17-21, 21-17, 21-17 dalam masa satu jam 15 minit.

Awal dari itu, Singapura menewaskan Brunei 2-0 (21-15, 21-12) dalam peringkat separuh akhir.

Kededua Filipina dan Brunei, dua pasukan yang sukar dikalahkan dalam pertandingan di Bangkok itu, akan menjadi pencabar utama bagi skuad nasional apabila diundi dalam kumpulan yang sama dalam Sukan SEA bulan depan.

"Saya yakin dengan pencapaian cemerlang dalam pertandingan Piala Raja Thai ini, Singapura boleh mencapai impian memenangi pingat emas dalam Sukan SEA kelak," kata Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Singapure (Perses), yang memimpin pasukan nasional di Thailand.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3