PELANCARAN PESTA OLIMPIK BELIA SINGAPURA
Rekod 11 sukan dipertanding dalam pesta Olimpik belia
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
PESTA Olimpik Belia Singapura (SYOF) tahun ini akan menampilkan 11 jenis sukan - rekod tertinggi berbanding tahun lalu yang menampilkan hanya sembilan jenis.
Dua sukan yang ditambah ialah olahraga dan lawan pedang. Ini di samping badminton, bola keranjang tiga lawan tiga, bola sepak tujuh sepasuk, ragbi tujuh sepasuk, belayar, menembak, tenis meja, taekwando dan bola tampar.