LONDON: Liga Perdana England (EPL) mengesahkan 40 pemain dan kakitangan diuji positiF bagi jangkitan koronavirus dalam dua pusingan ujian yang dijalankan minggu lalu, meskipun ia menekankan musim EPL ini akan diteruskan mengikut jadual.
Jumlah itu lebih seganda daripada rekod sebelum ini - 18 kes positif - dan berlaku sedang England menjalani perintah berkurung seluruh negara bagi menangani kadar jangkitan Covid-19 yang melonjak.